ShahKB ShahKB Author
Title: Tabiat Harian Yang Boleh Memendekkan Umur (Part 1)
Author: ShahKB
Rating 5 of 5 Des:
Satu dunia mengetahui bahawa setiap yang hidup tidak boleh lari dari kematian. mungkin hari ini, esok, lusa, tiada siapa yang tahu. Kematia...
Satu dunia mengetahui bahawa setiap yang hidup tidak boleh lari dari kematian. mungkin hari ini, esok, lusa, tiada siapa yang tahu. Kematian adalah perkara yang nyata bagi kehidupan. Setiap orang mempunyai temujanji dengan kematian. 

Mungkin kematian itu sesuatu yang tidak di ketahui, namum ia juga bersandarkan kepada beberapa habit tertentu yang boleh mendekatkan anda dengan kematian.

Semua orang tahu merokok dan kurang bersenam (atau sebarang aktiviti mengeluarkan peluh) boleh mengurangkan jangka hayat seseorang.

Bagaimanapun, ada juga beberapa perkara yang biasa di amalkan tetapi boleh juga mengurangkan jangka hayat seseorang. Sengaja mempercepatkan "temujanji". 

Baca info menarik yang menyebabkan pengurangan jangka hayat seseorang.


 #1 SAIZ PAYUDARA BESAR
wanita yang ingin saiz payudara besar

Bunyinya agak janggal, tetapi sains membuktikan. Ramai wanita ingin payudara bersaiz besar. Lebih seksi, meningkatkan keyakinan diri, atau sebagai 'perhiasan' untuk suami. Namun jika wanita itu mempunyai saiz payudara normal, dia sepatutnya lebih bersyukur. Kajian terbaru menunjukkan pelbagai masalah kesihatan akan timbul jika seseorang wanita itu memiliki saiz payudara yang besar. Automatiknya, boleh pendek umur!

mengikut kajian ini, pelbagai masalah kesihatan seperti sakit belakang, pening kepala, ruam dan sakit leher boleh terjadi kepada wanita yang mempunyai saiz payudara besar.

Dalam kajian lain, 1/10 wanita kurang keyakinan diri jika saiz payudara kecil. 3/10 wanita yang mempunyai saiz payudara besar pula mengadu mempunyai masalah sakit-sakit badan. Wanita dengan saiz payudara besar akan kurang 5 tahun jangka hayat mengikut kajian itu.


#2 MINUM BANYAK KOPI
minum banyak kopi pendek umur

Minum kopi memang sedap dan di sukai ramai orang. kopi juga diketahui mempunyai khasiat tertentu. Namun jika di ambil secara berlebihan, bukan sahaja boleh mengundang penyakit tetapi juga pendek umur.  

Kajian yang di terbitkan dalam Journal Mayo Clinic Proceedings menunjukkan pengambilan 4-5 cawan kopi sehari atau 28 cawan seminggu meningkatkan risiko kematian awal pada kadar 56%.

Kajian ini di lakukan ke atas ramai orang, iaitu melibatkan 43,729 orang—9,827 wanita dan 33,900 lelaki.

Minum kopi boleh pendek umur? Mengikut pendapat pakar, kopi mempunyai keupayaan meningkatkan tekanan darah, mengaktifkan pengeluaran epinephrine dan boleh menghentikan penghasilan insulin dalam badan seseorang. 
Bagaimanapun kajian ini masih di peringkat awal. Masih banyak lagi yang perlu di jelaskan. Kajian ini juga hanya melibatkan mereka yang berumur 55 tahun ke bawah sahaja.


 #3 MAKANAN DI BUAT DARI TEPUNG

Ramai orang yang mengambil tepung dalam pemakanan harian, Ada pelbagai jenis makanan yang di buat daripada tepung. Tidak pernah pula kedengaran tepung pun boleh buat orang pendek umur.

Namu tepung sebenarnya mengandungi phytates yang boleh menghalang penyerapan mineral tertentu dalam badan. Antaranya mineral seperti zat besi, magnesium, zink dan kalsium. Fungsi magnesium ialah mencegah risiko penyakit kencing manis manakala kalsium untuk kekuatan tulang atau mencegah osteoporosis. 

Kajian menunjukkan mengambil tepung boleh menghalang penyerapan mineral zat besi dalam badan sehingga 50 peratus.

Dan yang paling teruk, keinginan seks juga menurun dengan pengambilan tepung yang berlebihan kerana kurangnya penyerapan zat besi dalam tubuh. 

Kajian lain juga menyatakan pengambilan tepung boleh menyebabkan pembentukan penyakit autoimmunelupushypothyroidism dan eczema. ini berpunca dari kandungan Lectins yang terdapat dalam tepung tersebut.

BERSAMBUNG.....


IKLAN BERGAMBAR


Advertisement

Catat Ulasan Blogger

 
Top