ShahKB ShahKB Author
Title: Tabiat Harian Yang Boleh Memendekkan Umur (Part 2)
Author: ShahKB
Rating 5 of 5 Des:
 #4 TAK CUKUP SEKS Tidak cukup seks punca penurunan jangka hayat seseorang?.  Weird!  Namun banyak kajian telah di lakukan tentang f...
 #4 TAK CUKUP SEKS
tidak cukup seks punca mati awal

Tidak cukup seks punca penurunan jangka hayat seseorang?. Weird! Namun banyak kajian telah di lakukan tentang faktor ini dan ternyata benar.

kajian mendedahkan, seks yang mencukupi boleh melancarkan peredaran darah, menurunkan tekanan darah dan menjana lebih banyak kolesterol 'baik'.

Berat badan juga dapat diturunkan dengan seks! 30 minit hubungan intim boleh membakar 200 kalori dalam badan.

Hubungan seks juga boleh mengurangkan batuk dan meningkatkan sistem ketahanan badan (sistem imunisasi).

Ini kerana, semasa hubungan seks berlaku, penghasilan sejenis hormon yang di panggil endorphins akan meningkat. Endorphins juga di kenali sebagai 'hormon gembira'.

Kajian oleh Duke University menunjukkan wanita yang cukup keperluan seks boleh hidup 8 tahun lebih lama berbanding wanita yang tidak cukup seks. 

Sebaliknya bagi lelaki, jangka hayat seorang lelaki berkurang 50 % jika kerap orgasm (pancutan mani). Bad news! HAHA

 #5 PENGAMBILAN PIL TIDUR
bahaya pengambilan pil tidur berlebihan

Ramai orang pada masa kini berhadapan dengan masalah susah nak tidur atau juga di panggil imsonia. Ada bermacam punca yang menyebabkan berlakunya imsonia. Terlalu banyak berfikir, pengalaman hidup yang kurang menyenangkan, kesedihan berterusan, tekanan kerja, harga barang naik, bla...bla...bla.. dan macam-macam lagi penyebab terjadinya imsomnia.

Dan ada cara yang cukup senang bagi mengatasi masalah imsonia ini, iaitu pengambilan pil tidur (sleeping pills). 

Bagaimanapun, hasil dari satu kajian menunjukkan pengambilan pil tidur boleh menyebabkan pra-kematian kepada seseorang (pendek umur).

Kepada sesiapa yang biasa mengambil pil tidur ini, kebarangkalian mereka untuk "meninggal" 5 kali lebih tinggi berbanding dengan orang yang tidak mengambil pil tidur. semakin banyak jumlah pil tidur yang di ambil, maka semakin pendek lah umur seseorang.

Bukan itu sahaja, Pil tidur juga boleh meningkatkan risiko penyakit kanser 35% berbanding dengan orang yang tidak mengambilnya.


 #6 PENGAMBILAN GARAM BERLEBIHAN

garam punca pendek umur penyakit darah tinggi

jika anda seorang yang ketagih makanan ringan atau makanan siap di proses, berjaga-jaga. Lebih baik anda hentikan tabiat ini kerana makanan ini kebiasaannya mengandungi garam (sodium) berlebihan.

The Texas Medical Association (TMA) memberi peringatan, pengambilan makanan yang tinggi kandungan garam boleh menyebabkan kematian awal.

Selain itu, garam berlebihan juga boleh menyebabkan batu karang, tekanan darah tinggi, yang seterusnya boleh menyebabkan penyakit jantung atau penyakit stroke.

The American Heart Association mencadangkan had pengambilan garam sehari cuma 2.3gram sahaja. Sikit nye!

Manakala bagi mereka yang ada masalah tekanan darah tinggi di benarkan mengambil cuma 1.5gram garam sehari.

Memang mustahil untuk dilakukan, betul tak? Sebagai contoh: Sebiji Burger McDonald’s Quarter Pounder dengan Cheese mengandungi 1.2gram garam!

maka tidak hairanlah jika hari ini ramai orang kena tekanan darah tinggi dan penyakit jantung.


 #7 HIDUP BERSENDIRIAN
hidup bersendirian pendek umur

Hidup bersendirian juga antara penyebab pendek umur. Bagaimanapun ini hanya terpakai kepada mereka yang berumur 52 tahun ke atas. 

ini berdasarkan kajian yang dilakukan di England, melibatkan 6500 orang dan kajian di lakukan selama 7 tahun. Hasil kajian mendedahkan, hidup bersendirian menyumbang 26 % kepada penurunan jangka hayat seseorang. Dan jika mempunyai penyakit tertentu, penurunan jangka hayat menjadi 48 %. 

Hidup bersendirian juga boleh menyebabkan penyakit jantung dan penurunan daya ingatan (nyanyuk).

 #8 DUDUK TERLALU LAMA
banyak duduk punca penyakit

Duduk terlalu lama juga boleh memendekkan umur! Kajian membuktikan berlakunya pelbagai jenis penyakit berpunca dari duduk terlalu lama.

Kajian oleh University of Leicester mengatakan peningkatan risiko penyakit jantung dan kencing manis berpunca dari duduk terlalu lama. Kajian ini melibatkan 800 000 orang termasuk orang yang  mengamalkan gaya hidup aktif.

Mereka yang mengamalkan gaya hidup aktif seperti kerap bersenam juga terdedah kepada penyakit jika perlu duduk terlalu lama dalam sesuatu pekerjaan dsb.

Kajian di Australia yang di terbitkan dalam Archives of Internal Medicine pula menyatakan 'orang dewasa berumur 45 tahun ke atas yang duduk 11 jam lebih sehari boleh menyebabkan penurunan jangka hayat sebanyak 45 %'.

Mengapa duduk lama itu tidak bagus? Jawapannya ialah tubuh akan memberi isyarat kepada sistem dalam badan supaya berehat jika seseorang itu sedang duduk. Kekeliruan ini telah menganggu banyak proses yang perlu di lakukan oleh sistem dalaman tubuh.

Antara gangguan tubuh yang berlaku ialah peningkatan kandungan glukosa dalam badan, jumlah kolesterol 'jahat' bertambah berpunca daripada sistem dalaman berhenti menghasilkan kolesterol 'baik' dan kurang penghasilan insulin.

Advertisement

Catat Ulasan Blogger

  1. Free Online Baccarat For Money - Live Casino Games
    You can now enjoy the Live Game Baccarat game on Live Casinos like PokerStars and PokerStars and enjoy the best 바카라 사이트 of both worlds. From 인카지노 live dealers and to หารายได้เสริม

    BalasPadam

 
Top