ShahKB ShahKB Author
Title: Misteri atlantis
Author: ShahKB
Rating 5 of 5 Des:
Kini telah dijumpai runtuhan kota kuno di bawah laut segi tiga bermuda, Bandar Atlantiskah itu? Dikutip dari BBC Rusia. Sekumpulan sain...

Kini telah dijumpai runtuhan kota kuno di bawah laut segi tiga bermuda, Bandar Atlantiskah itu?

Dikutip dari BBC Rusia. Sekumpulan saintis Kanada telah mencari sebuah bandar di bawah laut di Segitiga Bermuda. Robot khusus bekerja mengambil gambar-gambar runtuhan purba, yang menunjukkan kewujudan Kota Atlantis legenda. Penyelidik yang diketuai oleh Vayntsveyga Zalitski mencari runtuhan kota kuno, 700 meter ke utara pantai timur Cuba.

Foto yang diambil oleh robot boleh kelihatan bangunan monumental termasuk empat piramid raksasa. Salah satu dari mereka bahkan kelihatan seperti sebuah bangunan yang diperbuat daripada kaca. Selain itu, para penyelidik mendapati sebuah patung yang kelihatan seperti sphinx, dan beberapa lembaran besar terukir.

Menurut para ahli, bangunan-bangunan itu seperti di era pra-klasik Caribbean dan sejarah Amerika Tengah. Bandar peradaban yang dihuni penduduk mirip dengan Teotihuacan (sebuah bandar kuno, terletak 50 kilometer dari Mexico City, usianya sekitar dua ribu tahun). Tapi untuk bandar Atlantis ini, seolah-olah, tidak relevan. Ciri seni bina bangunan bercorak bangunan bandar Indian kuno, sekurang-kurangnya berusia seribu sampai dua ribu tahun yang lalu.

Sementara Atlantis, menurut ahli falsafah Yunani kuno, Plato, menghilang pada abad 10 SM. Menurut legenda, bandar lagenda itu hilang kerana banjir dan gempa bumi yang teruk atau letusan gunung berapi.

Advertisement

Catat Ulasan Blogger

 
Top