Pembunuhan Nanking juga dikenali sebagai Pemerkosaan Nanking , adalah satu peristiwa kejahatan perang berbentuk Genosid yang dilakukan oleh tentera Jepun di Nanjing yang ketika itu ibu kota China. Nanking Massacre alias Pembunuhan Nanking yang berlaku selama enam minggu sejak 13 Disember 1937 itu masih dikenang warga Nanking dan warga China sebagai peristiwa pembunuhan oleh tentera Jepun semasa Negeri Matahari Terbit itu menduduki China.
Bukan itu saja. Yang mengerikan adalah ribuan perempuan China menjadi mangsa rogol oleh tentera Jepun. Sudah hampir 76 tahun peristiwa itu berlalu, tetapi warga Nanjing belum sepenuhnya dapat melupakan kejadian tersebut. Dan memang, Pembunuhan Nanjing bukan untuk dilupakan. Anak-anak sekolah di China sejak awal diajak ke tugu Pembunuhan Nanjing agar mereka sejak kecil sudah diingatkan tentang peristiwa ini.
Melawat Memorial Hall Pembunuhan Nanjing, muzium itu dikunjungi ramai warga China. Di sana, semua data dan keterangan peristiwa ini tergambar dengan sangat jelas. Bahkan, ada contoh bagaimana korban-korban mati di dalam rumahnya. Peristiwa ini memberi inspirasi bagi Iris Chang, perempuan Amerika keturunan Cina, untuk menulis buku berjudul The Rape of Nanking-The Forgotten Holocaust of World War II. Data-data yang terungkap dalam buku itu, termasuk data tentang neneknya yang menjadi mangsa, mengejutkan dunia Barat. Namun, Iris Chang selepas itu mendapat ancaman dan keganasan dari kaum sayap kanan Jepun, yang menolak peristiwa Nanjing. Tidak tahan dengan keganasan dan ancaman itu, Iris Chang akhirnya ditemui mati, dipercayai akibat mengalami kemurungan.Namun, bukunya, The Rape of Nanking, mengalami cetak ulang dan menjadi best seller.
Salah satu korban pembunuhan Nanjing, Li Xiuling, seperti dikutip Newsweek (20/7/1998), mengungkapkan kemarahan kepada Jepun. Saya benci Jepun begitu dalam, kata Liu Xiuling, yang saat peristiwa terjadi sedang hamil tujuh bulan. Tiga tentera Jepun menikamnya 37 kali ketika itu. Bayi yang dikandungnya mati, tetapi Li selamat. Untuk memperingati hari kemenangan perang anti-fasis di seluruh dunia dan memberi amaran kepada setiap orang China jangan melupakan sejarah pencerobohan yang berdarah itu, kami membuat acara khusus untuk menceritakan peristiwa "Pembunuhan Besar Nanjing" waktu penceroboh Jepun menduduki Bandar Nanjing bahagian timur China.
Nenek Xia Shuqin yang berusia 77 tahun adalah salah satu korban pembunuhan Nanjing yang masih hidup. Ketika mengenang hari seram 69 tahun yang lalu itu, Nenek Xia Shuqin dengan air mata berlinang-linang berkata, hanya dalam setengah hari saja, tentera Jepun telah menghancurkan keluarganya seramai 9 orang yang hidup bahagia.
Dengan demikian, pagi hari tarikh 13 Disember tahun 1937, 7 dari 9 anggota keluarga Xia Shuqin yang tinggal di jalan Xinlukou nombor 5 Bandar Nanjing itu dibunuh tak beralasan oleh tentera Jepun. Keluarga Xia hanya tinggal Xia Shuqin berusia 8 tahun dan Xia Shuyun berusia 4 tahun waktu itu. Selepas tentera Jepun pergi, dalam 14 hari kedua gadis kecil itu mengisi perut dengan sedikit beras dan kerak nasi di samping jenazah anggota keluarga.
Nenek Xia Shuqin mengatakan, selama dia masih hidup di bumi ini dia akan memberikan kesaksian atas pembunuhan besar itu, dan berjuang menentang kuasa Jepun yang menafikan "Pembunuhan Besar Nanjing" dan mendedahkan sejarah sebenarnya kepada rakyat seluruh dunia. Kenyataan dibunuhnya keluarga Xia juga dirakam dengan kamera oleh pendeta Amerika Syarikat John Magge. Magge masa itu sebagai Ketua Dewan Nanjing Palang Merah Antarabangsa ketika diberi tahu perkara pembunuhan keluarga Xia itu, dia segera pergi ke rumah Xia di jalan Xinlukou itu dan mengambil gambar kejadian tersebut. Selain itu dia juga memberi tahu kejadian itu kepada tokoh-tokoh warga asing yang tinggal di Nanjing dan kejadian itu dicatat dalam buku catatan harian warga Jerman John Rabe dan bahan "arkib zone keselamatan Nanjing".
Sementara itu terdapat pula foto dalam jumlah besar yang merakam adegan berdarah itu. Di antaranya sebahagian disimpan oleh seorang mangsa pembunuhan yang masih hidup bernama Lu Jing. Masa penceroboh Jepun menduduki Bandar Nanjing, dia adalah seorang pemilik sebuah studio foto. Foto-foto yang merakam adegan kejam pembunuhan terhadap warga China itu dibuat oleh tentera Jepun sendiri. dia dengan sembunyi-sembunyi mengambil pelbagai foto yang dihantar tentera Jepun ke kedainya untuk dicetak. Lu Jing orang tua yang sudah meninggal dunia tahun lalu itu sebelum dia dalam wawancara dengan wartawan kami menceritakan: "Ketika itu saya mencuci foto-foto yang diberikan tentera Jepun, sememangnya menakutkan, di antaranya ada yang kepala putus. Saya memberi tahu kepada majikan saya dan kemudian saya memutuskan untuk menyimpan dengan sembunyi-sembunyi foto-foto tersebut sebagai bukti untuk kemudian hari.
Foto-foto sebagai bukti Pembunuhan Besar Nanjing itu disimpan terus sampai saat kemenangan perang melawan Jepun dan diserahkan kepada Mahkamah Tentera Nanjing sebagai bukti untuk mengadili penjenayah perang Jepun.
Sejarah tidak boleh dilupakan, lebih-lebih tidak boleh diubah. Kalau tidak, tragedi itu akan terjadi berulang kali. Mahasiswa Jepun yang belajar di Universiti Peking Yoshi Kazu Kato berkata kepada wartawan, yang penting adalah jangan melupakan sejarah.
Justru seperti yang dikatakan oleh mahasiswa Jepun itu, bahawa tidak hanya rakyat China yang memperingati ulang tahun ke-60 kemenangan melawan Jepun, tetapi hari kemenangan itu juga patut diraikan oleh rakyat Jepun dan rakyat seluruh dunia.
Kerana kemenangan perang melawan Jepun tidak saja menamatkan malapetaka besar rakyat China, Asia dan negara-negara lain, tetapi juga menamatkan penderitaan rakyat Jepun akibat perang tersebut. Memperingati sejarah bertujuan untuk membuat rakyat kedua negara mengenal sejarah dan "bercermin pada sejarah dan berorientasikan ke masa depan", supaya persahabatan dan hubungan kerja sama antara kedua negara China dan Jepun dipelihara dengan lebih baik.
Kerana kemenangan perang melawan Jepun tidak saja menamatkan malapetaka besar rakyat China, Asia dan negara-negara lain, tetapi juga menamatkan penderitaan rakyat Jepun akibat perang tersebut. Memperingati sejarah bertujuan untuk membuat rakyat kedua negara mengenal sejarah dan "bercermin pada sejarah dan berorientasikan ke masa depan", supaya persahabatan dan hubungan kerja sama antara kedua negara China dan Jepun dipelihara dengan lebih baik.
BalasPadam