ShahKB ShahKB Author
Title: 5 Puak Kanibal
Author: ShahKB
Rating 5 of 5 Des:
Kanibalisme  merupakan sebuah fenomena di mana satu makhluk hidup makan makhluk sejenis yang lain.  Katakan anjing yang memakan anjing atau...
Kanibalisme merupakan sebuah fenomena di mana satu makhluk hidup makan makhluk sejenis yang lain. Katakan anjing yang memakan anjing atau manusia yang memakan manusia. Kadang-kadang fenomena ini di sebut anthropophagus (Bahasa Yunani Anthropos, "manusia" dan phagein, "makan"). Berikut kita antara manusia kanibal tersadis di dunia


1. Suku Indian di Kepulauan Caribbean Barat
http://anehdidunia.com

Tahun 1492 Christoprus Colombus menemui kepulauan Caribbean. Dan penduduk asalnya yang separuh telanjang serta kanibal! Bagi bangsa Eropah waktu itu, kanibal merupakan makhluk yang sangat berbahaya. Inilah asal-usul terjadinya pembunuhan dan eksploitasi. Etnik asal Amerika Selatan yang tinggal di sekitar Brazil, Paraguay, dan Argentina, bernama Tupinamba, mempunyai kebiasaan memakan tawanan perangnya sebagai aksi balas dendam demi keluarga mereka yang mati dalam peperangan. Amalan ini dikenali sebagai Endokanibalisme. Adat tersebut tetap dilakukan hingga awal abad 17. Setelah kemasukan bangsa Eropah, terutama Sepanyol, suku ini kemudian melarikan diri. Sebahagian berpindah tempat dan selebihnya berasimilasi dengan masyarakat Brazil. Di Amerika Syarikat ditemui bekas-bekas kanibalisme oleh suku Anasazis, Suku Indian kuno yang musnah 1,300 tahun yang lalu. Di sana didapati debu dan pecahan tulang, bekas-bekas pengelupasan kulit kepala, mutilasi, bekas luka terbakar, dan pembakaran daging manusia di atas periuk. Suku Aztec melakukan kanibalisme dalam ritual keagamaannya. Yang menjadi mangsa adalah tawanan perang dan anggota suku sendiri yang melakukan jenayah. 




 2. Suku Wari
http://anehdidunia.com

Orang-orang Wari, melakukan dua jenis ritual kanibal, pengebumian dan peperangan, sehingga tahun 1960-an, para pekerja sosial daripada kerajaan dan mubaligh, memaksa mereka untuk menghapuskan amalan kanibalisme. Tetapi amalan suku Wari 's memakan ahli keluarga yang mati merupakan cara menunjukkan kasih sayang kepada si mati! Upacara ritual memakan anggota badan si mati di percayai oleh mereka untuk membantu suku Wari menghadapi kematian dan kesedihan. 




3. Suku Maori
http://anehdidunia.com

Suku Maori adalah pendatang pertama di New Zealand - mereka tiba berabad-abad sebelum Eropah. Mereka telah mengenali amalan kanibalisme semasa peperangan. Pada Oktober 1809 sebuah kapal banduan Eropah diserang oleh sekumpulan besar askar Maori sebagai balas dendam atas penganiayaan anak seorang ketua suku mereka. Suku Maori membunuh sebahagian besar dari 66 orang penumpang kapal dan membawa mayat si mati dan yang hidup ke pantai untuk di makan. Beberapa orang yang beruntung dapat mencari tempat persembunyian di dalam kapal itu dengan ketakutan kerana mereka melihat rakan-rakannya sekapal di makan oleh suku Maori selama dua hari. 



4. Suku Tolai
http://anehdidunia.com

Sebuah suku di Papua New Guinea dari era moden, meminta maaf kerana nenek moyang mereka telah membunuh dan memakan empat orang mubaligh abad ke-19 yang dipimpin oleh pendeta Inggeris, Rev George Brown. Pada tahun 1978 suku Tolai membunuh menteri dan tiga orang guru Fiji, mereka memasak dan memakannya bersama-sama, dipimpin oleh ketua suku iaitu Taleli Tolai. 




5. Suku Kulina
http://anehdidunia.com

Ocelio Alves de Carvalho, merupakan seorang petani yang dijumpai oleh ahli keluarga mereka dalam keadaan tragis. Carvalho cacat, dan tengkoraknya tergantung di pokok berdekatan gunung Amazon. Mengikut saksi, Carvalho telah "diculik" oleh sekumpulan suku kulina. Penyiasatan terhadap suku ini pun dilakukan oleh para detektif, dan mereka melaporkan bahawa Carvalho dibunuh, dipotong anggota badan dan dimakan organ dalaman; jantung, hati serta disantap pahanya.

Advertisement

Catat Ulasan Blogger

 
Top