ShahKB ShahKB Author
Title: Johor Haramkan Kumpulan IJF Masuk Stadium Larkin Seumur Hidup
Author: ShahKB
Rating 5 of 5 Des:
JOHOR BAHARU:  Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) mengharamkan kumpulan penyokong bola sepak yang menamakan diri mereka 'Inte...
Johor Haramkan Kumpulan IJF

JOHOR BAHARU: Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) mengharamkan kumpulan penyokong bola sepak yang menamakan diri mereka 'Inter Johor Firms' (IJF) daripada memasuki Stadium Tan Sri Datuk Haji Hassan Yunos seumur hidup.
PBNJ, dalam kenyataan menerusi laman sosial rasminya pada Isnin, menyebut kumpulan IJF itu diharamkan daripada memasuki mana-mana stadium yang membabitkan perlawanan pasukan Johor.
"PBNJ dengan kerjasama pihak Polis Diraja Malaysia telah mendapat perkenan daripada Tunku Ismail Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor (TMJ) untuk menghalang kegiatan kumpulan pelampau yang mencemar imej negeri Johor," kata persatuan itu.
Keputusan itu kata PBNJ, bukan disebabkan oleh kejadian kekecohan yang berlaku di Stadium Shah Alam, tetapi kerana Tunku Ismail mengutuk sekeras-kerasnya mana-mana organisasi yang mengamalkan ideologi 'hooligan' (samseng).
Kumpulan IJF itu didakwa terlibat dalam kekecohan di Stadium Shah Alam pada Ahad ketika perlawanan separuh akhir Piala AFF Suzuki melibatkan Malaysia dan Vietnam sehingga mengakibatkan seorang penyokong lawan cedera.
TMJ menurut kenyataan itu turut bertitah pihak yang bertanggungjawab memberi imej buruk dan memalukan negeri Johor akan ditangani dengan segera.
Ini kerana kata baginda yang juga Presiden PBNJ, kumpulan pelampau seperti ini tidak diiktiraf sebagai warga Johor.
"Orang-orang seperti ini yang telah memberi nama buruk perlu dikutuk sekeras-kerasnya oleh sekalian rakyat Johor," menurut baginda sebagaimana titah dalam kenyataan oleh PBNJ itu.
Sementara itu IJF, dalam komen balasnya menerusi akaun Facebook organisasi itu berkata, ia akur dengan titah TMJ dan membubarkan kumpulan penyokong bola sepak itu serta merta.
Ia bagaimanapun mempersoalkan sama ada benar anggota IJF terlibat di dalam insiden memukul penyokong Vietnam di Stadium Shah Alam, Ahad.
"Bukan nak menafikan tetapi di sini saya ingin bertanya, berapa ramaikah yang bertopeng dan berjaket hitam di SSA (Stadium Shah Alam) semalam? Adakah semuanya datang dari IJF? Fenomena bertopeng ni bukan sahaja pada IJF,malah seluruh Malaysia."
"Isu memukul penyokong Vietnam, adakah betul IJF yang buat," kata IJF.
SUMBER MSTAR ONLINE

Advertisement

Catat Ulasan Blogger

 
Top