ShahKB ShahKB Author
Title: Kata-kata mutiara Albert Einstein lengkap
Author: ShahKB
Rating 5 of 5 Des:
  Kata-Kata Mutiara Albert Einstein Lengkap  -  Albert Einstein, adalah seorang ilmuwan yang hidup pada abad 20. Banyak penemuan-p...
 

Kata-Kata Mutiara Albert Einstein Lengkap  -  Albert Einstein, adalah seorang ilmuwan yang hidup pada abad 20. Banyak penemuan-penemuan yang kontrofersial seperti Teori relatifitas. Sebagai ilmuwan dia juga banyak mencipta kata-kata yang indah (kata mutiara) yang boleh digunakan oleh kita sebagai motivasi. Berikut saya sajikan kata-kata mutiara dari seorang saintis terkenal, Albert Einstein:

Kejayaan ditentukan oleh 99% perbuatan dan hanya 1% pemikiran. 
Kalau saya periksa diri dan kaedah berfikir saya, sampai pada kesimpulan bahawa kurnia daya khayal lebih bermakna dari pada bakat saya untuk menyerap pengetahuan. 

Kalau manusia mau berupaya keras penuh semangat untuk mencari kebenaran, maka dia akan mendapat nilai tidak terhingga. 

Tidak semua perkara yang penting dapat dihitung dan tidak semua perkara yang boleh dikira penting.

Hal terindah yang dapat kita alami adalah misteri. Misteri adalah sumber semua seni sejati dan semua ilmu pengetahuan. 

Jika orang menjadi baik kerana mereka takut mendapat hukuman atau mengharapkan hadiah, maka meraka berada dalam penyesalan yang besar. 

Sebab musabab yang hanya akan membawa anda dari A ke B, namun imaginasi mampu membawa anda dari A ke mana-mana. 

Hanya ada dua cara untuk mengisi hidup anda, iaitu mengisi hidup dengan berfikir semua yang ada adalah mujizat, atau mengisi hidup dengan berfikir tidak ada mujizat apapun dari semua yang ada. 

Akal sehat adalah kumpulan prasangka yang diperoleh di usia 18 tahun. 

Dua perkara yang tak terhingga: alam semesta dan kebodohan manusia, dan saya tidak pasti mengenai alam semesta.  

Graviti tidak berpengaruh kepada mereka yang jatuh cinta. 

Hal yang paling sukar untuk difahami di dunia ini adalah cukai pendapatan.

Imaginasi lebih penting daripada pengetahuan. 

Ilmu tanpa agama adalah lumpuh, agama tanpa ilmu adalah buta.  

Ilmu pengetahuan menjadi hal yang menakjubkan jika seseorang tidak harus mencari nafkah.

Jika A adalah berjaya dalam hidup, maka A = X + Y + Z. X adalah bekerja, Y adalah bermain, dan Z adalah menjaga lisan. 

Kelemahan sikap menjadi kelemahan karakter. 

Kita tidak boleh menyelesaikan masalah dengan menggunakan cara berfikir yang sama ketika kita menciptakannya.

Misteri abadi dunia adalah komperehensifitasnya. 

Rahsia kreativiti adalah mengetahui cara menyembunyikan sumber kreativiti.

Satu-satunya hal yang mengganggu belajar saya adalah pendidikan saya. 

Seluruh ilmu tidak lebih dari penyempurnaan pemikiran sehari-hari. 

Perdamaian tidak dapat dijaga dengan kekuatan tetapi hanya boleh dicapai dengan pemahaman. 

Pendidikan adalah apa yang tersisa setelah melupakan semua yang dipelajari di sekolah. 

Persamaan lebih penting bagi saya, kerana politik hanyalah untuk saat ini, sedangkan persamaan untuk selamanya. 

Rasa takut akan kematian adalah yang paling wajar dari semua ketakutan, kerana tidak ada risiko kemalangan bagi seseorang yang sudah mati. 

Satu-satunya perkara berharga yang nyata adalah gerak hati. 

Seseorang mula hidup ketika ia dapat hidup di luar dirinya sendiri. 

Sesiapa yang belum pernah melakukan kesalahan tidak pernah mencuba sesuatu yang baru. 

Sejauh hukum matematik merujuk kepada realiti, maka mereka tidak akan yakin, jika mereka yakin maka mereka tidak akan merujuk pada realiti. 

Sesiapa yang menetapkan dirinya sebagai hakim dari kebenaran dan pengetahuan, maka akan jadi bahan ketawa. 

Saya tidak tahu senjata apa yang akan digunakan pada Perang Dunia III, tetapi Perang Dunia IV akan menggunakan kayu dan batu. 

Untuk ahli mengatur kawanan domba kita harus menjadi seekor domba. 

Kebahagiaan dalam melihat dan memahami merupakan anugerah terindah alam.

Kecerdasan tidak banyak berperanan dalam proses penemuan. Ada suatu lompatan dalam kesedaran, sebutlah itu gerak hati atau apa-apa jua namanya, penyelesaiannya muncul begitu saja dan kita tidak tahu bagaimana atau mengapa. 

Mencari kebenaran lebih bernilai berbanding menguasainya.

Hidup itu seperti naik basikal. Agar tetap seimbang, kau harus terus bergerak.

Sudah tiba masanya cita-cita kejayaan diganti dengan cita-cita pengabdian.

Lebih mudah mengubah plutonium dari pada mengubah sifat jahat manusia.

Satu-satunya sumber pengetahuan adalah pengalaman.

Terpuruk dalam masalah merupakan peluang hebat untuk kita.

Saya tidak mempunyai bakat tertentu. Saya hanya ingin tahu.

Jika fakta tidak sesuai dengan teori, ubahlah faktanya.

Kerja keras bukan untuk sukses tetapi untuk sebuah nilai.

Pelepasan tenaga atom telah merubah segalanya kecuali cara kita berfikir ... pemecahan untuk masalah ini tergantung kepada hati nurani umat manusia. Jika saya mengetahuinya, lebih baik saya menjadi pembuat jam tangan.

Tragedi kehidupan adalah sesuatu yang mati di dalam diri seseorang pada saat dia hidup.

ketika seseorang bertanya kepada Einstein, pertanyaan apa yang akan diajukan kepada Tuhan bila dia dapat mengajukan pertanyaan itu, dia menjawab, "Bagaimana awal mula jagad raya ini? Kerana segala sesuatu selepas itu hanya masalah matematik." Tapi setelah berfikir beberapa saat, dia mengubah fikirannya lalu mengatakan, "Bukan itu. Saya akan bertanya," Kenapa dunia ini diciptakan? "Karena, dengan demikian saya akan mengetahui makna hidup saya sendiri. 

Telegraph tanpa wayar tidak sukar untuk difahami. Telegraph biasa seperti kucing yang sangat panjang. Anda tarik ekornya di New York, dan mengeong di Los Angeles. Yang tanpa wayar sama saja, hanya tanpa kucingnya.

Tuhan tidak bermain dadu.

Membaca, setelah beberapa waktu, menggelapkan fikiran terlalu jauh dari pencarian kreatifnya. Seseorang yang membaca terlalu banyak dan menggunakan otaknya terlalu sedikit akan menjadi kebiasaan malas untuk berfikir.

Kenyataan hanyalah sebuah ilusi, walaupun terjadi terus menerus.

Jika teori relativiti terbukti berjaya, Jerman akan mendakwa saya sebagai orang Jerman dan Perancis menyatakan bahawa saya seorang penduduk dunia. Seharusnya teori saya terbukti tidak benar, Perancis akan mengatakan saya orang Jerman dan Jerman akan mengatakan saya orang Yahudi.

Nasionalisme adalah penyakit yang kekanak-kanakan. Itu adalah penyakit campak dari bangsa manusia.

Sejak ahli matematik menceroboh teori relativiti. Saya tidak mengerti diri saya lagi.

Kaum intelektual menyelesaikan masalah, para genius menghalang mereka.

Adalah mungkin untuk menjelaskan segala sesuatu secara ilmiah, tetapi ia membuatnya tanpa rasa, itu membuatnya tanpa arti, seperti jika anda menjelaskan simfony Beethoven sebagai variasi dari tekanan udara.

Tugas sains antara lain adalah untuk mencari keindahan alam.

Ketika anda berpacaran dengan lelaki yang manis, satu jam seperti sedetik. Ketika anda duduk di atas tungku panas, sedetik serasa satu jam. Itulah relativiti.

Itu tidak bermakna saya bijak, Itu hanya kerana saya tetap dengan masalah tersebut lebih lama.

Banyak orang mengatakan kepintaran yang menjadikan seseorang Ilmuwan besar. Mereka keliru .. itu adalah watak.

Cuba tidak untuk menjadi seseorang yang berjaya, tetapi menjadi seseorang yang bernilai.

Saya tidak pernah memikirkan masa depan. Masa depan akan segera datang.

Tidak ada eksperimen yang boleh membuktikn aku benar, tetapi sebaliknya sebuah eksperimen sahaja boleh membuktikan aku salah.

Orang-orang seperti kita, yang percaya pada fizik, mengetahui bahawa perbezaan antaramasa lalu, masa kini, dan masa depan hanyalah sebuah ilusi yang terus menerus ada.

Dunia ini adalah sebuah tempat yang berbahaya untuk didiami, bukan kerana orang-orangnya jahat, tetapi kerana orang-orangnya tak peduli.

Tidak ada yang lebih merosakkan maruah kerajaan dan undang-undang negeri dibanding meloloskan undang-undang yang tidak boleh ditegakkan.

Generasi-generasi yang akan datang akan kehilangan keyakinan bahawa manusia akan berjalan di muka bumi dengan darah dan daging.

Belajarlah dari masa lalu, hiduplah untuk masa depan. Yang terpenting adalah tidak berhenti bertanya.

Orang berjiwa besar akan selalu menghadapi perlawanan hebat dari orang2
"PICIK".

Hanya seseorang yang mengabdikan dirinya untuk suatu alasan dengan seluruh kekuatan dan jiwanya yang boleh menjadi seorang guru sejati. Dengan alasan ini penguasaan menuntut semuanya dari seseorang.

Usaha pencarian kebenaran dan keindahan merupakan kegiatan yang memberi peluang bagi kita untuk menjadi kanak-kanak sepanjang hayat.

Di dalam hal - hal yang rumit, ada hal - hal yang simpel. 

Tanda kecerdasan sejati bukanlah pengetahuan tetapi imaginasi. 

Sedikit sekali orang yang dapat melihat matanya sendiri dan merasakan dengan hatinya sendiri. 

Jangan lakukan perkara yang bertentangan dengan kata hati, bahkan meskipun negara memaksa anda melakukannya. 

Hakikatku adalah apa yang aku fikirkan, bukan apa yang aku rasakan. 

Nilai manusia terletak pada apa yang boleh dia terima. 

Selagi ada cinta tidak perlu ada lagi soalan. 

Saya meyakini bahawa tugas utama jiwa adalah membebaskan manusia dari mementingkan diri. 

Saya terbiasa dalam kebingungan selama berminggu - minggu. 

Aku Berfikir terus menerus berbulan-bulan dan bertahun tahun, sembilan puluh sembilan kali dan kesimpulannya salah. Untuk yang keseratus aku benar. 

Kata Kata Einstein paling aneh, "Mengapa tidak ada orang yang memahamiku meski setiap orang suka saya ?. 

Jika anda tak dapat menjelaskannya secara sederhana, maka anda belum memahaminya dengan baik. 

Kata kata mahupun bahasa, baik tertulis maupun terucap, sepertinya tak mempunyai peranan apa-apa dalam mekanisme berfikir saya. 

Maklumat itu bukanlah pengetahuan. 

Tanpa Budaya yang bermoral, manusia tidak akan selamat. 

Perbanyaklah jalan - jalan agar sihat, jangan terlalu banyak membaca, simpan saja beberapa buku hingga kau dewasa nanti (Ucap Einstein kepada anak lelakinya, Eduard Einstein). 

Falsafah itu kosong jika berdasarkan ilmu pengetahuan. Ilmu pengetahuan itu mendapati, dan falsafah itu menafsirkan. 

Advertisement

Catat Ulasan Blogger

 
Top