ShahKB ShahKB Author
Title: Bruce Lee Bukan Biasa-Biasa
Author: ShahKB
Rating 5 of 5 Des:
Nama Bruce Lee cukup popular dalam seni mempertahankan diri. Dengan gaya berkungfu yang bersahaja tetapi pukulan yang cukup padu telah mena...
Nama Bruce Lee cukup popular dalam seni mempertahankan diri. Dengan gaya berkungfu yang bersahaja tetapi pukulan yang cukup padu telah menarik ramai peminat. Keaslian kung fu nya juga di akui dengan beberapa ciptaan gerakan kungfu baru. 

Namun kematian mengejutnya pada usia yang masih muda telah mengejutkan dunia. Sehingga ke hari ini masih ramai lagi yang 'terpukul' dengan kehebatannya berkungfu 

Malah ramai yang mengatakan  Bruce Lee #bukan biasa-biasa.

Bruce Lee

Cuba beri 10 sebab kenapa  Bruce Lee bukan biasa-biasa? Kalau tak tahu, boleh baca 10 sebab keupayaan luarbiasa Bruce Lee,  di petik dari laman web  toptenz.ne.  

Bak kata omputih, Knowledge is Power . Mungkin ini lah moto yang membuatkan Bruce Lee bukan biasa-biasa. Memang senang nak jadi orang biasa, tapi bukan senang nak jadi orang yang bukan biasa-biasa kalau takde ilmu.

1. Dragon Flag
Dragon Flag
PHOTO:  toptenz.ne

Bruce Lee memang sorang yang fanatik untuk mendapatkan fitness luar biasa. Ini di akui oleh isterinya, linda Lee.  Bruce Lee tidak pernah duduk saje-saje goyang kaki. Ada sahaja kerja yang nak di lakukannya. keutamaan  Bruce Lee ialah membina tubuh sasa otot berketul-ketul. Dia percaya tubuh yang kuat membantu meningkatkan kebolehan berkung fu.

Dia selalu melakukan aksi  Dragon Flag seperti gambar hiasan di atas. Latihan ini merupakan antara aksi paling sukar untuk di lakukan oleh sesiapa pun.

Stallone melalui filem Rocky 4 pernah melakukan aksi ini. Tapi itu dalam filem, betul ke? Kalau betul,  Stallone  pun bukan biasa-biasa.

Stallone dalam filem rocky 4

2. Tangkap nasi dengan chopstick
PHOTO:  toptenz.ne

Jangan salah faham, bukan makan nasi dengan chopstick tapi tangkap nasi. kalau makan nasi dengan chopstick tu biasa je. Dilaporkan Bruce Lee suka berlatih tangkap nasi dengan chopstick. Dia akan melambungkan nasi ke udara dan cuba menangkap nasi itu dengan chopstick. Untuk meningkatkan tidak balas refleks katanya, supaya cepat je dapat mengelak pukulan lawan semasa berkungfu.

Walaupun latihan ini nampak macam remeh je, tapi cuba lah buat kalau boleh. Bukan senang ni. 

3. karung tinju biasa tak cukup kuat untuk Bruce Lee

PHOTO:  toptenz.ne

Bruce Lee suka menggunakan pelbagai alatan atau mesin bina badan mengikut cerita dari kawannya, James Lee. Sebahagian alatan ini di cari atas permintaan Bruce Lee sendiri.

Walaupun cerita ini tak dapat di pastikan, tetapi karung tinju biasa tak cukup kuat untuk Bruce Lee berlatih. Karung guni biasa terlalu "ringan" katanya. Berat karung tinju normal sekitar 70 pounds.  

4. Tekan tubi sebelah tangan
PHOTO:  toptenz.ne

Semasa di usia muda lagi Bruce Lee suka menunjukkan kebolehan tekan tubi sebelah tangan dalam latihan. Ini merupakan latihan kegemarannya. Mengikut sumber, dia mampu melakukan tekan tubi sebelah tangan sehingga 50 kiraan. 

5. sekali pukul, 1 inci ke belakang
PHOTO:  toptenz.ne

ini salah satu cerita popular mengenai Bruce Lee. Sekali kena pukulan tangannya, mangsa akan mundur 1 inci ke belakang. Bruce mampu mengumpul kekuatan tenaga di badan menuju terus ke tangannya. Macam dalam filem je. Tapi itulah kekuatan pukulan tangan Bruce Lee. 

6. Susah nak pukul Bruce Lee
Aksi Bruce Lee bersama lagenda karate Chuck Norris
 PHOTO:  toptenz.ne

Bruce Lee merupakan bintang besar dalam industri filem. Kebolehannya berkungfu telah membuatkan ramai orang mencabarnya untuk bertarung. Di tahun 70 an, budaya tunjuk samseng, cabar mencabar untuk bergaduh adalah perkara biasa.

Dalam hidupnya, dia pernah beberapa kali di cabar bertarung. Apa yang berlaku ialah pencabarnya gagal memukul Bruce Lee walaupun sekali. pergerakan  Bruce Lee terlalu pantas yang menyukarkan lawan memukulnya. 

Semasa di set pengambaran filem Enter the Dragon , dia di cabar berlawan.  Bruce Lee mampu mengelak setiap pukulan lawan dan berjaya 'mengunci' lawannya ke dinding. Satu pengajaran berguna bagi sesiapa yang cuba menguji kebolehan kungfu  Bruce Lee.

Tapi  Bruce Lee pernah di pukul dengan  lagenda karate dunia  Chuck Norris.

Tapi akhirnya  Bruce Lee  dapat mengalahkan  Chuck Norris. Itu dalam Filem!

7. Dia sepantas kilat
Bruce Lee
PHOTO:  toptenz.ne

Kepantasan Bruce Lee memang sesuatu yang menjadi lagenda. Salah satunya ialah keupayaannya mengambil syiling dari tangan sesiapa pun.

Secara praktikalnya, seseorang perlu meletakkan duit syiling di tangan dengan jarak beberapa kaki dari Bruce Lee. Orang itu boleh mengengam syiling dalam tangan jika melihat sebarang pergerakan  Bruce Lee yang cuba mengambil duit syiling itu.

Apa yang berlaku cukup aneh, belum sempat tangan di gengam, syiling itu sudah boleh 'di curi' oleh   Bruce Lee. Kepantasan yang menakjubkan. 

8. Lebih pantas daripada kamera
Bruce Lee
PHOTO:  toptenz.ne

Memang susah nak rakam adegan pertarungan jika melibatkan Bruce Lee. Ini berlaku semasa pengambaran filem  Green Hornet. Pergerakan pantas Bruce Lee telah menyukarkan jurukamera merakam aksinya. 

Bruce Lee  terpaksa memperlahankan pergerakannya supaya dapat di rakam oleh kamera. ini sesuatu yang tidak pernah berlaku dalam pengambaran filem pada masa itu. Orang lebih pantas daripada kamera!

9. Bahu terseliuh bila kena penampar di mukaBruce Lee
PHOTO:  toptenz.ne

Jika ada yang mengatakan penamparnya boleh buat bahu orang terseliuh, itu memang luar biasa. Tapi bagi atlet terlatih yang mendapat latihan keras seperti Bruce Lee, mungkin cerita ini benar. 

Semasa satu latihan kungfu, Bruce Lee telah membuat satu pukulan seperti penampar ke muka seorang pelatih. Tapi yang mengejutkan, Bahu pelatih itu pulak yang terseliuh. Memang power pukulan Bruce Lee ni. 

10. Melambung ke udara
Bruce Lee
PHOTO:  toptenz.ne

Dalam banyak-banyak sebab, ini mungkin sebab yang paling popular. Dengan segala kekuatan dan latihan yang cukup rumit, tendangan Bruce Lee buat orang melambung?

ini lah " pranks "yang banyak di tonjolkan mengenai Bruce Lee. Namun hakikat sebenarnya ini hanya berlaku dalam filem.


Advertisement

Catat Ulasan Blogger

 
Top