ShahKB ShahKB Author
Title: Keajaiban Wuduk
Author: ShahKB
Rating 5 of 5 Des:
Ibadah Wuduk nampaknya remeh dan mudah dilakukan. Kerana itu, banyak umat Islam yang memandangnya biasa-biasa saja. Padahal, bila wuduk d...

Ibadah Wuduk nampaknya remeh dan mudah dilakukan. Kerana itu, banyak umat Islam yang memandangnya biasa-biasa saja. Padahal, bila wuduk dikerjakan tidak sempurna, solatnya pun tidak akan diterima (HR Bukhari No 135 dan Muslim No 224-225).

Walaupun sederhana, manfaatnya sangat besar. Itulah yang dibuktikan oleh para ahli kesihatan dunia. Salah satunya adalah Prof Leopold Werner von Ehrenfels, seorang pakar neurologi berbangsa Austria. Ia menemui sesuatu yang menakjubkan dalam wuduk kerana ia mampu merangsang pusat saraf dalam tubuh manusia. Kerana keselarasan air dengan Wuduk dan titik-titik saraf, keadaan tubuh sentiasa akan sihat.

Dari sinilah dia akhirnya memeluk Islam dan menukar namanya menjadi Baron Omar Rolf Ehrenfels. Mokhtar Salem dalam bukunya Prayers a Sport for the Body and Soul menjelaskan, wuduk boleh mencegah kanser kulit.

Selain itu, jelasnya, Wuduk juga menyebabkan seseorang menjadi kelihatan lebih muda. Salim mengambil zat dalam hidung pada membran mukus dan mengamati beberapa jenis kumannya. Pekerjaan ini dia lakukan selama berbulan-bulan. Secara ilmiah hidung terjaga bersih selama 3 sampai dengan 5 jam, kemudian kotor kembali, yang kemudian dapat dibersihkan melalui Wuduk berikutnya. Berdasarkan analisisnya, lubang hidung orang-orang yang tidak berwuduk pudar dan berminyak, terdapat kotoran dan debu pada bahagian dalam hidung, serta permukaannya kelihatan melekat dan berwarna gelap. Adapun orang-orang yang teratur dalam berwuduk, ungkap Salim, permukaan rongga hidungnya kelihatan cemerlang, bersih, dan tidak berdebu. "Sesungguhnya, cara berwuduk yang baik adalah bermula dengan membasuh tangan, berkumur-kumur, lalu mengambil air dan menghirupnya ke dalam hidung kemudian mengeluarkannya. Langkah ini hendaknya dilakukan sebanyak tiga kali secara bergilir-gilir, "kata Salim. anda tentu pernah mendengar akupunktur kan? Cuba cari tahu dimana saja letak titik-titik sensitif yang sering digunakan dalam ilmu akupuntur? Lalu kemudian amati pola Wuduk. InsyaAllah anda akan segera mencari benang merah di antara keduanya. Satu di antaranya adalah ketika melakukan takhlil, diantara sela-sela jari tangan dan kaki terdapat masing-masing satu titik istimewa (Ba Sie pada sela-sela jari tangan & Ba Peng pada sela-sela jari kaki ).

Jadi, keseluruhannya terdapat 16 titik akupunktur. Berdasarkan penyelidikan pakar akupunktur, titik-titik tersebut apabila dirangsang boleh menghasilkan tenaga (Chi) utk  membina homeostasis. Sehingga menghasilkan kesan terapi yang mempunyai multi petunjuk, seperti untuk mengubati migrain, sakit gigi, tangan-lengan merah, bengkak, dan jari jemari kaku. Pada anggota badan yang terkena Wuduk terdapat ratusan titik akupunktur yang bersifat reseptor terhadap stimulus berupa basuhan, gosokan, usapan, dan tekanan / urutan ketika melakukan Wuduk. Rangsangan tersebut akan di hantar melalui meridian ke sel, jaringan, organ dan sistem organ yang bersifat terapi.

Hal ini terjadi kerana adanya sistem peraturan iaitu sistem saraf dan hormon bekerja untuk mengadakan homeostasis (keseimbangan). Titik-titik akupunktur, suatu fenomena yang menarik bila dikorelasikan dengan kayfiyat Wuduk yang disyari'atkan 15 abad yang lalu.

Advertisement

Catat Ulasan Blogger

 
Top