ShahKB ShahKB Author
Title: Nenek terjun kolam buaya
Author: ShahKB
Rating 5 of 5 Des:
Bangkok: Seorang wanita tua membunuh diri dengan terjun ke dalam kolam buaya. Menurut laporan akhbar Bangkok Post, Wanpen Inyai, 6...

Bangkok: Seorang wanita tua membunuh diri dengan terjun ke dalam kolam buaya. Menurut laporan akhbar Bangkok Post, Wanpen Inyai, 65, terjun ke kolam berkenaan yang mempunyai lebih 1,000 buaya di Ladang dan Zoo Buaya Samut Prakarn di ibu negara Thai ini.
Kejadian berlaku Jumaat lalu selepas dia meninggalkan rumahnya di Bangkok pada hari sama.

Saksi mendakwa melihat wanita itu sengaja melompat ke dalam kolam berkenaan sementara kamera keselamatan mengesahkan dia menanggalkan kasutnya dan berjalan menuju ke kolam berkenaan sebelum terjun.
Jurucakap polis, Preecha Iamnui berkata, pemilik dan kakitangan ladang berkenaan menggunakan galah panjang untuk menghalang puluhan buaya membaham Samut, tetapi gagal.

Adik mangsa, Sunan Tharmnat berkata, kakaknya kelihatan murung dan tidak bercakap dengan sesiapa selama beberapa hari sebelum dia menghilangkan diri.

Dia dan keluarganya membuat laporan orang hilang selepas Wanpen tidak pulang pada malam hari berkenaan, tetapi disuruh menunggu 24 jam seperti ditetapkan undang-undang. - Agensi

Advertisement

Catat Ulasan Blogger

 
Top