BUANG AIR BESAR BERDARAH
Ambil sesudu jintan hitam dan tumbuk sehingga lumat. Setelah itu, campurkan
dengan segelas air suam dan minum. Amalkan setiap pagi dan malam
sehingga masalah itu tiada lagi.
Ambil kulit manggis dibasuh dan dikeringkan (iaitu dijemur sampai kering
(garing). Rebus bersama lima cawan air hingga tinggal satu cawan pekat
air tebusan itu. Amalkan meminunnya selalu. Insya Allah penyakit anda
akan sembuh.
KELEMUMUR
- Basahkankepala dengan santan kelapa. Pastikan santan itu rata di seluruh
kepala. Biarkan seketika. Kemudian cucilah kepala dengan syampoo yang
sesuai. Amalkan selalu, anda akan dapati rambut anda akan kembali
berkilat serta kelemumur akan hilang. InsyaAllah. - Ambil limau nipis kemudian belah dua. Ramas hingga mengeluarkan air. Ini
dilakukan di atas kepala anda. Lakukan sekerap mungkin dan amal ia
selepas anda bersyampoo. Insya Allah ia sangat mujarab dan rambut anda
akan sentiasa berbau harum.
Ambil beberapa helai daun bunga raya putih atau biasa, dan ramas-ramas di
dalam semangkuk air. Baringkan anak anda, lalu sapukan air ramasan tadi
membasahi dahi dan ubun-ubunnya. Sapukan hingga anak anda kembali selesa.
Insya Allah kesannya kembali memuaskan.
RAWAT TUMIT RETAK
Ambil sebiji betik muda atau yang hampir kuning, potong pada bahagian
kepalanya hingga keluar getahnya. Kemudian sapukan getah betik tadi
pada tumit. Amalkanlah selalu untuk melihat perubahannya. Insya Allah.
ELAKKAN TANGAN MELEPUH
Sebelum membuat kerja berat seperti mencangkul, hancurkan dua atau
tiga biji bawang merah. Kecil atau besar. Setelah itu, lumurkan pada tapak
tangan. Lakukanlah kerja yang dimaksudkan tadi. InsyaAllah, tangan anda
akan terelak dari melepuh.
GIGI LEBIH KUAT
Tumbukkan sedikit halia dengan garam. Setelah itu campurkan dengan air.
Berkumurlah menggunakan campuran air halia itu setiap hari. Insya Allah
gigi anda akan menjadi lebih kuat.
MENGURANGKAN PANAS DI KEPALA
Ambilkan akar lalang, basuh hingga bersih. Rendamkan dengan air sejuk
semalaman.“Sapulah air itu di kepala esok pagi. Anda akan rasa kesejukan
air rendaman akar lalang itu. Amalkan sekali seminggu.
TERLEKAT CECAIR GETAH DI RAMBUT
Ambil secawan tepung gandum dicampur sedikit air agar ia menjadi pekat.
Campuran ini disapukan ke bahagian rambut yang terkena getah. Kemudian
terus menyikat. Getah akan keluar dengan senang tanpa rasa sakit atau
kesan di kepala anda..
Selamat mencuba
Catat Ulasan Blogger Facebook