ShahKB ShahKB Author
Title: KEUTAMAAN BERZIKIR
Author: ShahKB
Rating 5 of 5 Des:
Dari Abu Hurairah ra, dari Abu SaÌid Al Khudri ra bahwa Rasulullah saw bersabda :  Tidak suatu kaum berzikir kepada Allah kecuali para malai...
Dari Abu Hurairah ra, dari Abu SaÌid Al Khudri ra bahwa Rasulullah saw bersabda : Tidak suatu kaum berzikir kepada Allah kecuali para malaikat akan mengelilingi mereka, 
rahmat akan meliputi mereka, ketenangan akan turun kepada mereka,dan mereka akan disebut-sebut oleh Allah di antara para malaikat. (HR Muslim,Tirmidzi,Ahmad,Ibnu Majah) 

Dari Ibnu Umar ra bahwa Nabi saw pernah menyampaikan hadis qudsi dari Tuhannya:Seorang yang lebih sibuk berzikir kepadaKu dari memohon kepadaKu, maka Aku akan memberikannya sesuatu yang lebih utama dari yang pernah diminta oleh para peminta.(HR Bukhari,Al Bazzar, AL Baihaqi.) 


Dari Abu Said Al Khudri ra, katanya :Rasulullah saw pernah menyampaikan hadis qudsi dari Tuhannya: Seorang yang lebih sibuk membaca Al Quran dan berzikir dari minta kepadaKu, maka Aku akan memberinya sesuatu yang lebih utama dari apa yang telah diminta oleh para peminta.(HR.Ad Darimi,Tirmidzi,Al Baihaqi) 

 Dari Abu Said Al Khudri ra katanya :Nabi saw bersabda :  
 Di hari kiamat kelak Allah berfirman : Pada hari ini penduduk Mahsyar akan mengetahui, siapakah orang-orang yang diberi kemuliaan?Tanya para sahabat :Wahai Rasulullah, 
siapakah mereka?Sabda beliau :Mereka adalah orang-orang yang suka berzikir di masjid-masjid  (HR Ahmad, Al Baihaqi dan Ibnu Hibban) 


Dari Muawiyah ra katanya:Nabi saw pernah mendatangi
sekelompok sahabat yang sedang duduk di Masjid,seraya berkata: 
Apa yang menyebabkan kamu duduk di sini?Jawab para sahabat : Kami duduk di sini untuk berzikir dan memuji Allah.Sabda Nabi saw :Tadi Jibril datang kepadaku dan memberitahuku bahwa Allah sangat berbangga dengan kamu di hadapan para malaikat.(HR Tirmidzi) 

Dari Anas ra katanya :Nabi saw bersabda :Tidak suatu kaum yang berkumpul dan berzikir kepada Allah kecuali ada seruan dari langit yang mengatakan Berdirilah kamu kerana dosa-dosa kamu telah diampuni dan telah diganti dengan banyak kebajikan.(HR Ahmad, Abu YaÌla dan Thabrani) 

 Dari Abu Razin ra katanya :Rasulullah saw pernah berkata kepadanya : Mahukah engkau aku tunjukkan sesuatu yang 
dapat menyebabkan engkau mendapati kebahagiaan di dunia dan di akhirat? Jawabnya :Ya aku mahu.Sabda beliau : Andainya engkau menghadiri majlis majlis zikir dan apabila engkau bersendirian maka gerakkanlah lidahmu dengan berzikir kepada Allah. 


MANFAAT BERZIKIR 
  • Berzikir mengusir dan menghancurkan setan
  • Berzikir menyebabkan Allah redha kepada yang berzikir
  • Berzikir menghilangkan kerisauan hati 
  • Berzikir mendatangkan rasa senang di dalam hati
  • Berzikir meningkatkan potensi hati dan badan
  • Berzikir menambah cahaya pada wajah dan hati 
  • Berzikir mandatangkan rezeki 
  • Berzikir menambah wibawa pada peribadi yang gemar berzikir
  •  Berzikir menyebabkan Allah cinta kepada yang selalu berzikir 
  • Berzikir meningkatkan takarub kepada Tuhanya 
  • Berzikir menambah rasa kembali kepada Allah 
  • Berzikir membuka selebar-lebarnya pintu-pintu makrifat
  • Berzikir menyebabkan Allah mengingat yang berzikir 
  • Berzikir menghidupkan hati seseorang 
  • Berzikir memberi makan kepada hati dan roh 
  • Berzikir menambah kebersihan hati 
  • Berzikir menggugurkan dosa-dosa 
  • Berzikir menghilangkan rasa sepi 
  • Berzikir menyelamatkan seorang dari siksa Allah 
  • Berzikir menyebabkan turunnya ketenangan dan rahmat 
  • Berzikir mendatangkan para malaikat di majlis-majlis zikir 
  • Berzikir memberi rasa bahagia kepada yang berzikir 
  • Berzikir memberi keamanan pada seorang di hari kiamat 
  • Berzikir menambah tanaman di surga 
  • Berzikir menghindarkan seseorang itu daripada lupa yang dapat membawa kesengsaraan di dunia dan di akhirat 
  • Berzikir memberi cahaya bagi pelakunya ketika di dunia dan ketika di dalam kuburnya. 
  • Berzikir membangunkan hati daripada lalai
  • Berzikir membuahkan pengetahuan yang berguna 
  • Berzikir melunakkan kekerasan hati 
  • Berzikir mendatangkan anugerah dan mencegah malapetaka
  • Berzikir menyebabkan Allah dan para malaikatNya berselawat atas pelakunya. 
  • Berzikir menyebabkan Allah membanggakan pelakunya di depan malaikat 
  • Seorang yang gemar berzikir dapat masuk surga sambil ketawa 
  • Berzikir memberi potensi untuk taat 
  • Berzikir memberi potensi dan kemahuan keras 
  • Gedung-gedung di surga terus dibangun selama seorang itu masih berzikir 
  • Berzikir menyebabkan para malaikat memohonkan ampun bagi pelakunya 
  • Berzikir menyebabkan gunung-gunung dan lembah-lembah bergembira 
  • Memperbanyak zikir menyebabkan terjauh daripada sifat munafik 
  • Berzikir menyebabkan rasa lazat di hati pelakunya, kerana itu majlis-majlis zikir disebut kebun-kebun surga 
  • Pelaku zikir diberi wajah yang cerah ketika di dunia dan diberi cahaya ketika di akhirat 
  • Berzikir menyebabkan seorang mendapat keuntungan berlimpah-limpah 
  • Berzikir di waktu senang menyebabkan Allah memperhatikan pelakunya di kala susah 
  • Berzikir menyembuhkan hati yang sakit 

Advertisement

Catat Ulasan Blogger

 
Top