ShahKB ShahKB Author
Title: Pameran ikonik Batman
Author: ShahKB
Rating 5 of 5 Des:
REPLIKA kereta Batmobile bersama patung gergasi Batman. SETIAP individu pasti mempunyai satu watak komik adiwira yang menjadi pujaa...



REPLIKA kereta Batmobile bersama patung gergasi Batman.



SETIAP individu pasti mempunyai satu watak komik adiwira yang menjadi pujaan sejak usia kanak-kanak hingga terbawa ke peringkat dewasa.
Bagi penggemar setia, keterujaan itu dilampiaskan dengan mengumpul koleksi watak kegemaran mereka seperti patung, baju dan buku komik. Malah, ada yang sanggup melaburkan ribuan ringgit semata-mata mahu mendapatkan produk edisi terhad.

Salah satu adiwira popular ialah Batman yang dicipta oleh Bill Finger dan Bob Kane untuk komik Detective Comic pada Mei 1939.
Selepas 75 tahun, ia terus diminati oleh peminat yang terdiri daripada pelbagai peringkat umur, bangsa dan negara di seluruh dunia.
Bersempena dengan ulang tahun penciptaannya kali ini, pusat beli-belah Pavilion Kuala Lumpur dengan kerjasama Warner Bros. Consumer Producs dan DE Entertainment mengadakan satu pameran yang mengumpulkan koleksi watak adiwira itu.
Menjejak kaki ke ruang pameran yang diadakan di bahagian tengah Pavilion, pengunjung pasti tidak melepaskan peluang untuk mengambil foto bersama replika kereta Batmobile di samping patung gergasi Batman di ruang depan pusat beli-belah itu.
Menuruni tangga ke ruang pameran, pengunjung dapat melihat evolusi komik Batman sepanjang dekad yang turut diwarnai karakter-karakter sampingan seperti Robin, Joker, Catwoman dan Harley Quinn.

Selain itu, orang ramai juga boleh memasuki Batcave yang menayangkan hologram Batmobiles dari pelbagai era bermula dari awal hingga terkini yang berdurasi lima minit.
Dengan berbelanja sebanyak RM200 di butik terpilih dan RM100 di butik kanak-kanak, pengunjung dapat mengambil foto eksklusif bersama watak Batman pada tarikh dan masa tertentu.

Pada masa sama, pameran ekstravaganza itu turut menawarkan pelbagai promosi istimewa, antaranya, pakej percutian untuk dua orang ke Warner Bro. Movie World di Gold Coast, Australia selain Kad BSN dan Touch&Go bertemakan Batman.
Barangan edisi terhad ulang tahun ke-75 watak ikonik tersebut juga boleh dibeli di ruang pameran seperti baju-T, pemegang kunci dan lain-lain.

Advertisement

Catat Ulasan Blogger

 
Top