Kejadian berlaku Jumaat lalu selepas dia meninggalkan rumahnya di Bangkok pada hari sama.
Saksi mendakwa melihat wanita itu sengaja melompat ke dalam kolam berkenaan sementara kamera keselamatan mengesahkan dia menanggalkan kasutnya dan berjalan menuju ke kolam berkenaan sebelum terjun.
Jurucakap polis, Preecha Iamnui berkata, pemilik dan kakitangan ladang berkenaan menggunakan galah panjang untuk menghalang puluhan buaya membaham Samut, tetapi gagal.
Adik mangsa, Sunan Tharmnat berkata, kakaknya kelihatan murung dan tidak bercakap dengan sesiapa selama beberapa hari sebelum dia menghilangkan diri.
Dia dan keluarganya membuat laporan orang hilang selepas Wanpen tidak pulang pada malam hari berkenaan, tetapi disuruh menunggu 24 jam seperti ditetapkan undang-undang. - Agensi
Catat Ulasan Blogger Facebook