Pengurus kelahiran Croatia itu sebaliknya hanya berkata bekas pemain kelab Sepanyol, Villareal itu akan kembali menyertai sesi latihan penuh bersama skuad dan tahap kecergasannya akan diteliti.

Dia juga memberikan gambaran bahawa JDT mempunyai pilihan untuk menggantikan Figueroa pada musim perpindahan kedua yang akan dibuka April ini sekiranya terdapat sebarang masalah.

Hodak memberitahu, masalah pada waktu ini ialah Figueroa semakin berusia dan sekiranya dia terlibat dengan kecederaan akan memerlukan masa panjang untuk pulih.

“Jika kita gembira, jika dia gembira atau jika ada mana-mana pihak tidak berpuas hati, kita boleh tukarkan dia April ini. Tetapi pada masa ini tiada sebarang berita (perpindahan) mengenainya.

“Masalahnya sekarang ialah apabila awak mencapai usia 34 tahun dan sering terlibat dengan kecederaan, tempoh pemulihan akan mengambil masa lebih lama berbanding masa yang diperlukan ketika berusia 22 tahun,” katanya menerusi laman web rasmi JDT, johorsoutherntigers.com.

UTUSAN MALAYSIA