ShahKB ShahKB Author
Title: Harimau tak gigit kerana rongak
Author: ShahKB
Rating 5 of 5 Des:
New Delhi: Seorang wanita India disahkan mati akibat dicakar seekor harimau, kes pertama seumpamanya kerana haiwan berkenaan tidak ada...
Harimau

New Delhi: Seorang wanita India disahkan mati akibat dicakar seekor harimau, kes pertama seumpamanya kerana haiwan berkenaan tidak ada gigi untuk menggigit mangsa.

Harimau biasanya membunuh dengan menggigit mangsa.
Bagaimanapun, wanita berusia 34 tahun itu dicakar hingga mati, kejadian yang dianggap aneh.

Menurut kajian yang diterbitkan dalam edisi terbaru Jurnal Perundangan Perubatan, harimau itu hanya mencakar mangsa hingga mati mungkin kerana dia rongak atau giginya tak berfungsi.

Dalam kejadian berkenaan awal tahun ini, wanita itu sedang memetik daun herba di hutan Bramhapuri apabila harimau berkenaan menerkamnya.

Harimau itu hanya melepaskan mayat wanita berkenaan selepas penduduk lain melontar batu bagi mengusirnya.

Bedah siasat menunjukkan mangsa mati akibat dicakar dan tidak mempunyai kesan digigit.

Harimau itu ditemui mati keesokannya, kira-kira empat kilometer dari tempat kejadian.

Pemeriksaan menunjukkan haiwan itu rongak. Dipercayai haiwan itu kelaparan dan melihat wanita itu sebagai mangsa mudah.- Agensi

Advertisement

Catat Ulasan Blogger

 
Top