ShahKB ShahKB Author
Title: Sarawak intai bekas pemain Manchester United
Author: ShahKB
Rating 5 of 5 Des:
BEKAS pemain tengah Manchester United, Liam Miller KUCHING: Bekas pemain tengah Manchester United, Liam Miller adalah antara bintang a...
Liam Miller
BEKAS pemain tengah Manchester United, Liam Miller
KUCHING: Bekas pemain tengah Manchester United, Liam Miller adalah antara bintang antarabangsa yang sedang diintai skuad Bujang Senang kendalian Robert Alberts bagi menghadapi saingan Liga Malaysia, musim depan.
Miller, 33, dilaporkan bakal menyertai ujian kecergasan bersama skuad Bujang Senang di Stadium Negeri, Petra Jaya, Isnin ini.
Beliau menyertai Red Devils dari 2004 hingga 2006 di bawah kendalian Sir Alex Ferguson sebelum dipinjamkan ke Leeds United, seterusnya berpindah ke Sunderland dan Queens Park Rangers.
Berasal dari Cork, Ireland, pemain lincah itu ketika ini beraksi untuk pasukan Brisbane Roars, salah sebuah kelab bola sepak ternama dalam Liga Australia.
Difahamkan, Miller sudah mencapai persetujuan meninggalkan kelab itu minggu lalu untuk mencuba nasib dalam Liga Malaysia.
Selain Miller, turut disebut-sebut bakal menyertai Bujang Senang ialah penyerang sensasi New Zealand, Jeremy Brockie.
Jeremy Brockie
Difahamkan, Brockie bakal berpasangan dengan bekas penyerang kebangsaan Australia, Ryan Griffiths yang sudah semusim menyarung jersi Sarawak.

Advertisement

Catat Ulasan Blogger

 
Top