ShahKB ShahKB Author
Title: Bahagian Otak Manusia yang Membuat Dusta
Author: ShahKB
Rating 5 of 5 Des:
Selama ini, para saintis tidak mengetahui di bahagian otak mana pada manusia yang paling bertanggung jawab terhadap sebuah dusta atau keboh...
Selama ini, para saintis tidak mengetahui di bahagian otak mana pada manusia yang paling bertanggung jawab terhadap sebuah dusta atau kebohongan. Orang hanya tahu kalau dusta itu muncul dari sebuah ucapan, tapi tidak mengetahui kalau itu ada hubungannya dengan bahagian tertentu dalam otak.
Selepas melakukan penyelidikan, akhirnya para saintis mendapati sebuah kesimpulan. Bahawa, otak bahagian depan yang terletak pada ubun-ubun itulah yang paling bertanggung jawab terhadap terjadinya dusta.
Kesimpulan ini, sebenarnya tergolong sangat telat jika dibandingkan dengan apa yang sudah diisyaratkan oleh Allah swt. dalam firman-Nya dalam Al-Quran. Bahagian otak tersebut disebut Al-Quran dengan nama 'Nashiyah' atau ubun-ubun.
Yang mengagumkan adalah bahawa Al-Quran sejak berabad-abad yang lalu telah berbicara tentang fungsi ubun-ubun ini ketika membicarakan Abu Jahl:
Allah swt. berfirman dalam Surah Al-'Alaq ayat 15 dan 16.
كلا لئن لم ينته لنسفعن بالناصية * ناصية كاذبة خاطئة
"Ketahuilah, sungguh jika Dia tidak berhenti (berbuat demikian) niscaya Kami tarik ubun-ubunnya [1], (yaitu) ubun-ubun orang yang mendustakan lagi durhaka. [1] Maksudnya: memasukkannya ke dalam neraka dengan menarik kepalanya.
Al-Quran memberikan sifat كاذبة خاطئة (mendustakan lagi durhaka). Kenyataan seperti inilah yang ditemui para saintis pada masa sekarang ini dengan menggunakan imbasan resonans magnet.

Advertisement

Catat Ulasan Blogger

 
Top