DEMI MASA
Saudaraku, Masa adalah salah satu di antara nikmat Allah yang paling berharga dan agung bagi manusia. Cukup bagi kita kesaksian Al-Qur'an tentang betapa agungnya tentang nikmat yang satu ini. Banyak ayat-ayat Al-Qur'an yang menunjukkan tentang kepentingan masa, ketinggian tingkatannya, dan juga pengaruhnya yang besar. Bahkan Allah telah bersumpah dengan waktu dalam kitab-Nya yang mulia dan ayat-ayat-Nya yang luhur dalam konteks yang berbeza-beza. Allah yang urusan-Nya yang begitu agung telah bersumpah dengan waktu malam, siang, fajar, subuh, apabila terbenamnya matahari, waktu dhuha, dan dengan masa.
Hanya orang-orang hebat dan mendapat taufik dari Allah, yang mampu mengetahui kepentingan masa lalu memanfaatkanya semaksimum mungkin. Dalam hadis,
"Dua nikmat yang banyak manusia tertipu dalam keduanya, iaitu nikmat sihat dan waktu lapang (HR. Bukhari).
Banyak manusia tertipu didalam keduanya, itu artinya, orang yang mampu memanfaatkan hanya sedikit. Kebanyakan manusia justru lalai dan tertipu dalam memanfaatkannya.
Rasulullah SAW: Dalam masa 23 tahun boleh membina peradaban Islam yang tetap ada sampai sekarang. Ikut 80 peperangan dalam tempoH waktu kurang dari 10 tahun, santun terhadap fakir miskin, menyayangi isteri dan kerabat, dan yang luar biasa adalah beliau seorang pemimpin umat yang boleh membahagikan masa untuk umat dan keluarga secara seimbang!
Abu Hurairah: Masuk Islam usia 60 tahun. Namun ketika meninggal di tahun 57 H, beliau meriwayatkan 5374 Hadis! (SUBHANALLAH!)
Abul Hasan bin Abi Jaradah (548 H): Sepanjang hidupnya menulis kitab-kitab penting sebanyak tiga peti.
Syeikh Ali At-Thantawi: Membaca 100-200 laman buku setiap hari. Pengiraannya, bermakna dengan umurnya yang 70 tahun, beliau sudah membaca 5,040,000 laman buku. Artikel yang telah dimuat di media massa sebanyak tiga belas ribu laman. Dan yang hilang lebih dari itu.
Ibnu Jarir At-Tabari, beliau menulis tafsir Al-Qur'an sebanyak 3,000 keping, menulis kitab Sejarah 3,000 lembar.Setiap harinya beliau menulis sebanyak 40 keping selama 40 tahun.Total karya Ibnu Jarir 358.000 lembar.
Ibnu Aqil menulis kitab yang paling menakjubkan iaitu Kitab Al-Funun, kitab yang memuatkan pelbagai ilmu, adz-Dzahabi memberi komen tentang kitab ini, bahawa di dunia ini tidak ada karya tulis yang diciptakan setara dengannya. Menurut Ibnu Rajab, sebahagian orang mengatakan bahawa jilidnya mencapai 800 jilid.
Al-Baqqilini tidak tidur hingga beliau menulis 35 helai tulisan.
Ibnu Al Jauzi senantiasa menulis dalam seharinya setara 4 buah buku tulis. Dengan waktu yang dimilikinya, beliau mampu menghasilkan 2,000 jilid buku.
Iman An-Nawawi setiap harinya belajar 12 mata pelajaran, dan memberikan komen dan catatan tentang pelajarannya tersebut. Umur beliau singkat, wafat pada umur 45 tahun, namun karya beliu sangat banyak dan masih dijadikan sumber rujukan oleh umat muslim saat sekarang ini.
Masih banyak lagi contoh-contoh luar biasa lain. Kenapa tidak banyak orang yang boleh menyamai mereka? Padahal masa yang diberikan Allah kepada mereka sama dengan waktu yang diberikan Allah pada hambaNya yang lain? Jawapannya adalah kecerdasan pengurusan masa.
Saudaraku, bercermin kepada genarasi salafus shalih umat ini, dimana mereka telah menorehkan contoh-contoh yang mengagumkan dalam memanfaatkan waktu, detik-detik umur dan setiap hembusan nafas untuk amal kebajikan. Dengan mengetahui jalan hidup orang-orang saleh dan kesungguhan mereka mereka dalam memanfaatkan detik-detik umur mereka dalam ketaatan, memiliki pengaruh besar dihati seorang muslim, yaitu pengaruh dalam menumbuhkan dan membangun gairah untuk memanfaatkan waktu dan memaksimalkan deti-detik usia dalam perkara-perkara yang mendekatkannya kepada Allah. Mari kita telusuri kisah indah dan uniknya mereka dalam memaksiamalkan waktu:
Inilah keadaan orang-orang shaleh dan kisah-kisah mereka, beginilah seharusnya kita memanfaatkan setiap detik waktu kita. Lalu bagaimana dengan kita? Saudaraku, mereka beruntung sementara engkau terlelap. Mereka meraih kemenangan, sementara engkau meraih tangan kosong. Maka segera kita manfaatkan detik-detik umur kita, tekadkan dalam hati bahwa hari ini kita akan memanfaatkan waktu dengan sebaik-baiknya, memandang setiap kesempatan adalah penting. Mari persembahkan karya yang paling baik dan bermanfat, di usia kita yang pendek ini.
Catat Ulasan Blogger Facebook