ShahKB ShahKB Author
Title: Mengambil Kerang Berlebihan Berpotensi Terdedah Bahaya Logam Berat
Author: ShahKB
Rating 5 of 5 Des:
Anda penggemar masakan seafood , termasuk kerang? Berhati-hatilah kerana ternyata kerang tidak hanya enak dimakan, namun juga memberikan ...
bahaya kerang

Anda penggemar masakan seafood , termasuk kerang? Berhati-hatilah kerana ternyata kerang tidak hanya enak dimakan, namun juga memberikan kesan yang buruk terhadap kesihatan kerana kandungan zat-zat yang membahayakan di dalam tubuhnya.

Kerang memang sangat menggiurkan untuk disantap terlebih ketika lapar sedang melanda. Kerang begitu popular di kalangan masyarakat dan disukai oleh pelbagai kalangan.



Kerang akan menyantap / menyedut apa saja yang ada didekatnya tanpa adanya penapis untuk menyelesaikan sama ada makanan yang disedotnya itu mengandungi bahan berbahaya atau tidak.


Maka, berbagai zat yang ada di dalam tubuh kerang sifatnya campur aduk, termasuk di dalamnya logam berat yang sangat berbahaya kalau sampai masuk ke dalam tubuh manusia baik secara langsung ataupun tidak.



Dan kerana sifat hidup kerang yang menyedut apapun yang ada di sekelilingnya sebagai bahan makanan utamanya, maka secara automatik sisa industri termasuk logam berat, kotoran manusia, dan lain-lain sangat berpotensi disedut masuk ke dalam tubuh kerang.


Lalu, apakah bahan-bahan kimia berat tersebut membahayakan tubuh kerang? Kerang yang banyak menyerap zat-zat tersebut ternyata tak menderita kesan apapun. Hal tersebut berbanding terbalik dengan manusia ketika kerang itu disantap.


Pengumpulan jumlah logam di dalam tubuh kerang yang kemudian berpindah ke dalam tubuh manusia tentunya sangat membahayakan kesihatan. Selain logam berat, kerang juga berpotensi mengandungi racun kerana nutrisi untuk hidup haiwan ini meliputi fosfat yang banyak dan nitrogen yang mana kedua zat tersebut berasal dari sisa kumbahan.


Logam berat yang kerap terkandung dalam tubuh kerang ternyata bukan satu-satunya zat yang membahayakan bagi manusia kerana ada bahaya lain yang mengancam kesihatan, yakni kandungan racun.

Semakin banyak mengambil kerang, maka potensi tubuh anda tercemar oleh pelbagai zat berbahaya yang terkandung dalam tubuh kerang semakin besar.



Untuk mengelakkan pelbagai potensi penyakit yang berasal dari kandungan zat-zat berbahaya dalam tubuh kerang tidak ada jalan selain mengurangkan jumlah kerang yang dimakan.


Cukup makan sekali-kala saja. Kerana, lebih baik mencegah daripada mengubati. 



Losing an illusion makes you wiser than finding a truth

Advertisement

Catat Ulasan Blogger

 
Top