ShahKB ShahKB Author
Title: Bukit Pasir yang Berjalan
Author: ShahKB
Rating 5 of 5 Des:
Bukit Pasir raksasa Pyla, terletak 60 km dari Bordeaux di kawasan Arcachon Bay, Perancis, dan menjadi bukit pasir tertinggi di Eropah.   Jug...
Bukit Pasir raksasa Pyla, terletak 60 km dari Bordeaux di kawasan Arcachon Bay, Perancis, dan menjadi bukit pasir tertinggi di Eropah. Juga dikenali dengan nama Great Dune of Pilat , timbunan pasir yang sangat besar ini - dengan lebar 500 meter, panjang 3 km dan menjulang hingga ketinggian 107 meter di atas permukaan laut. Kerana keindahan dan lokasi yang tak terduga, bukit pasir ini adalah destinasi pelancongan yang terkenal dengan lebih daripada satu juta pengunjung setiap tahun.

Bukit Pasir yang Berjalan

Menariknya, bukit pasir yang bergerak tanpa henti ke arah daratan, perlahan-lahan menutupi hutan, rumah, jalan dan bahkan bahagian dari Tembok Atlantik. Laju gerakan bukit pasir ini diskontinyu, kadang-kadang bergerak cepat (10 meter dalam setahun) dan kadang-kadang sangat lambat (kurang dari satu meter). Selama 57 tahun terakhir, bukit pasir ini telah bergerak sekitar 280 meter an. Jadi rata rata pergerakan tahunannya kira-kira 4.9 meter per tahun.


Penghijrahan dari bukit pasir raksasa seberat 60 juta tan ini telah menutupi hampir dua puluh harta peribadi, dan setiap tahun pasir di lereng timur menutupi 8000 meter persegi hutan pain di sekitarnya. Pada bahagian Timur Laut bukit pasir, terdapat jalan yang tertutup oleh timbunan pasir setelah terjadinya longsor pasir di tahun 1987, dan tertutup sepenuhnya pada tahun 1991. Sebuah rumah yang terkubur oleh timbunan pasir diberitakan dalam surat kabar terbitan 19 September 1936. Di Timur Selatan bukit pasir, keluarga Bordeaux telah memutuskan untuk mempunyai sebuah villa yang dibina pada tahun 1928. Dua tahun kemudian, pasir mula menyerang rumah dan pada tahun 1936, rumah itu telah sepenuhnya hilang terkubur oleh pasir.



Pergerakan bukit pasir ini disebabkan oleh angin laut. Oleh kerana itu di sisi yang menghadap ke laut mempunyai cerun yang lembut sedang di sisi sebaliknya (yang menghadap ke hutan) kasar dan curam. Untuk pengunjung yang olahraga, mendaki lereng ini merupakan cabaran nyata. Untuk yang lain, terdapat tangga yang membuat pendakian sedikit lebih mudah. Di bahagian atas, pemandangan yang menakjubkan dari pantai laut, hutan pain yang luas dari Les Landes dan, ketika cuaca cerah, kelihatan barisan pergunungan Pyrennees





Advertisement

Catat Ulasan Blogger

 
Top