Bisnes dropship.
Model bisnes ini sudah lama popular di negara seperti US tetapi baru mendapat nama di pasaran Malaysia. Dropship konsepnya mudah. Kita tak payah susah-susah cari modal untuk beli stok barang fizikal. Tak perlu menyimpan stok. Hanya promosikan barang dan selebihnya akan diuruskan syarikat dropshipper.
Kelebihan Bisnes Dropship
1. Tak perlu modal untuk beli barang.
2. Tak perlu simpan barang (inventory). Tak perlu risau barang tak habis.
3. Bagi mereka yang masih bekerja sepenuh masa, dengan bisnes model ini, anda tidak lagi perlu pening kepala untuk menguruskan urusan penghantaran. Semuanya telah disediakan oleh pihak dropshipper.
4. Boleh buat secara part time. Memandangkan hampir 70% kerja-kerja pengurusan telah disiapkan oleh orang lain,maka anda tidak perlu masa yang banyak untuk menjalankan bisnes ini. Anda hanya perlu promosi sahaja. Dapat order, beri kepada dropshipper, kemudian dropshipper hantar barang. Siap. Mudah.
5. Risiko yang rendah. Modal untuk beli barang tak perlu. Kedai tak payah sewa.
Anda hanya perlukan laptop,internet atau katalog untuk bermula. Alasan “tidak ada modal”, “tak tahu nak jual apa’ sudah tidak relevan.
Tidak ada alasan lagi untuk tidak berniaga.
Tunggu apa lagi?
Catat Ulasan Blogger Facebook