ShahKB ShahKB Author
Title: Kenapa ada cili pedas dan tak pedas?
Author: ShahKB
Rating 5 of 5 Des:
Sudah lama para biologi memahami bahawa cili mengembangkan tahap kepedasan sebagai alat pertahanan diri dari cendawan yang berpotensi m...
Kenapa ada cili pedas dan tak pedas?

Sudah lama para biologi memahami bahawa cili mengembangkan tahap kepedasan sebagai alat pertahanan diri dari cendawan yang berpotensi merosakkan mereka. Namun itu tidak menjelaskan mengapa sejumlah pokok menghasilkan cili yang pedas dan pokok lain tidak pedas. Tetapi, melalui kajian terbaru yang diterbitkan di jurnal Proceedings of the Royal Society B, akhirnya jawapannya terungkap.
cili pedas yang tumbuh di kawasan kering memerlukan air untuk menghasilkan buah sebanyak mungkin. Kurangnya air ini membuat mereka menjadi tanaman cili yang tidak pedas. Selain itu, di kawasan kering, cendawan Fusarium yang juga biasa menyerang tanaman cili tidak banyak mengancam. Akhirnya, benih cili pedas yang tumbuh di sana kemudian menjadi pohon yang berbuah cili tidak pedas.
Tetapi di kawasan yang lebih basah, di mana cendawan Fusarium tumbuh berleluasa, tanaman cili liar terpaksa harus memaksimumkan tahap kepedasan buah mereka sebagai kaedah pertahanan diri.
saintis membandingkan pokok di 12 penduduk pokok cili liar di kawasan tenggara Bolivia sepanjang hampir 300 kilometer yang berbeza mulai dari kawasan kering sampai kawasan basah. Mereka melakukan bancian selama 5 kali. Tiap pohon kemudian ditandakan untuk mengetahui perkembangan mereka.
Ternyata, di kawasan timur laut yang lebih kering, hanya 15 hingga 20 peratus pokok yang menghasilkan cili pedas. Tahap rata-rata ini meningkat sesuai dengan keadaan yang semakin basah, dan akhirnya sampai di kawasan barat daya, tidak ada satupun pokok cili yang menghasilkan cili tak pedas.
Dari kajian juga diketahui bahawa 90 hingga 95 peratus buah cili yang ada di kawasan tersebut terkena jangkitan cendawan, dan cili yang pedas mampu mempertahankan diri lebih baik terhadap cendawan tersebut. (Sumber: PhysOrg, University of Washington)

Advertisement

Catat Ulasan Blogger

 
Top