ShahKB ShahKB Author
Title: Daun pegaga ‘makanan’ otak
Author: ShahKB
Rating 5 of 5 Des:
konsentrasi, sukar berfikir dan menghafal. Ini menyebabkan kita berasa rendah diri dan kurang cerdik berbanding orang lain. Sebenarnya, kema...
konsentrasi, sukar berfikir dan menghafal. Ini menyebabkan kita berasa rendah diri dan kurang cerdik berbanding orang lain.

Sebenarnya, kemampuan otak boleh diting­katkan dengan pelbagai teknik seperti latihan kognitif, penggunaan ubat-ubatan, latihan mental dan sebagainya. 
Pengambilan diet dan makanan minda adalah salah satu teknik yang mudah diambil kerana ia boleh mempengaruhi pemprosesan memori melalui zat-zat dan nutrien yang terdapat di dalam makanan. Dengan berbekalkan ‘makanan otak’ yang khusus dan serta oksigen yang mencukupi untuk otak, kini prestasi otak mampu ditingkatkan. 
Foto
Khasiat choline makanan terbaik untuk otak 
Untuk meningkatkan kecerdasan otak, ibu bapa boleh berikan anak mereka makanan yang kaya dengan khasiat choline. Choline adalah satu kumpulan vitamin dari vitamin B kompleks yang mempu­nyai pelbagai fungsi seperti membolehkan membran sel berfungsi dengan baik dan merangsang pertumbuhan sel otak. 

Kajian dari Universiti Princeton Amerika Syarikat mendapati choline berupaya menghalang penurunan tahap kognitif bayi di dalam kandungan ibu dan menggalakkan jaringan sel-sel saraf di dalam otak bayi. 

Selain itu, choline bertindak sebagai penebat kepada jaringan elektrik di dalam sistem saraf. Ini kerana kadar keupayaan otak untuk mengingat dan menyimpan memori bergantung kepada kecepatan hubungan di antara sel-sel saraf. Jika tiada penebat seperti choline, transmisi isyarat elektrik sel saraf akan menjadi perlahan dan menyebabkan seseorang itu lambat bergerak balas dan mudah lupa. 

Oleh kerana choline penting untuk perkembangan sel otak, anak-anak digalakkan mengambil makanan yang kaya dengan choline seperti telur, daging, ikan, susu, roti gandum, sayur brokoli dan kekacang. 

Faktor kejayaan di dalam peperiksaan juga bergantung kepada ketenangan minda. Ibu bapa juga perlu bekalkan makanan yang boleh membantu minda berfikir dengan tenang ketika menghadapi saat getir seperti semasa menjawab peperiksaan. 

Untuk tujuan itu, daun pegaga adalah makanan yang terbaik untuk menenangkan fikiran dan minda. 


Kebaikan daun pegaga untuk otak. 

Daun pegaga adalah herba tradisional yang banyak terdapat di Asia. Herba ini boleh dimakan sebagai ulam atau dibuat jus sebagai minuman. 

Terdapat beberapa kajian yang mendapati daun pegaga mempunyai pelbagai manfaat kepada kesihatan seperti: 


1. Baik untuk otak. 

Pegaga boleh membantu melindungi otak daripada kerosakan yang disebabkan oleh pendedahan kepada logam toksik. Satu kajian mendapati kesan toksik menurun dan memori dapat dipulihkan setelah diberikan dos pegaga setiap hari selama enam minggu. 


2. Mengurangkan tekanan 

Kajian yang diterbitkan di dalam Jurnal Ethnopharmacology bulan September 2012 mendapati pegaga boleh mengurangkan tekanan. Di dalam eksperimen yang dijalankan, penyelidik mendapati perubahan yang ketara pada haiwan yang diberikan minum jus pegaga berbanding haiwan yang tidak diberikan pegaga. 

Selain itu, terdapat komponen penting di dalam pegaga iaitu triterpenoid yang bertanggungjawab untuk mempercepatkan pemulihan selepas luka, meningkat­kan aktiviti antioksidan, melancarkan peredaran darah, meningkatkan fungsi mental dan menstabil­kan hormon stres. 


Rahsia pelajar cemerlang didedahkan. 

Pengambilan makanan yang kaya de­ngan choline serta pegaga adalah 2 sumber makanan yang boleh diamalkan oleh pelajar yang ingin memperoleh keputusan yang cemerlang di dalam peperiksaan. 

Walaupun makanan bukanlah faktor utama kepada kejayaan seseorang pelajar, namun pemilihan makanan yang terbaik untuk otak seperti choline dan pegaga ini boleh membantu mening­katkan kecerdasan dan menguatkan memori anak anda.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/articles/Daunpegaga__8216_makanan__8217_otak/Article#sthash.XQSYb5uA.dpuf

Advertisement

Catat Ulasan Blogger

 
Top