ShahKB ShahKB Author
Title: Siasat dalang di sebalik kegiatan maksiat
Author: ShahKB
Rating 5 of 5 Des:
Gmbr Hiasan Kuala Lumpur: Pihak berkuasa perlu melakukan kajian bagi mengenal pasti sama ada wujud sindiket tertentu yang didalangi warga te...
Gmbr Hiasan
Kuala Lumpur: Pihak berkuasa perlu melakukan kajian bagi mengenal pasti sama ada wujud sindiket tertentu yang didalangi warga tempatan yang menguruskan kegiatan maksiat membabitkan pelancong asing.
Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) Tan Sri Lee Lam Thye berkata, kemungkinan warga tempatan terbabit dalam membantu menguruskan kegiatan pelacuran oleh pelancong mak nyah atau pondan di negara ini boleh berlaku bagi melicinkan aktiviti mereka.
“Saya fikir wujud asas untuk melakukan kajian ini kerana mungkin ada pihak tertentu terdiri warga negara kita sendiri aturkan semuanya untuk mereka (pelancong mak nyah) dan mereka hanya perlu datang untuk melakukannya (aktiviti pelacuran).
“Pihak berkuasa khususnya Jabatan Imigresen juga boleh berbincang dengan semua agensi penguat kuasa untuk mengambil langkah lebih serius terhadap mereka yang menyalahgunakan pas lawatan sosial,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Beliau berkata demikian ketika mengulas laporan muka depan Metro Ahad semalam mengenai kegiatan pelancong mak nyah yang masuk ke negara ini secara sah, namun melakukan aktiviti pelacuran sepanjang tempoh lawatan berkenaan.
Menurutnya, pelbagai kemungkinan boleh dikaitkan apabila Malaysia seolah-olah dijadikan markas maksiat.
“Mungkin juga pergolakan di Thailand membawa mereka datang ke negara ini..

Advertisement

Catat Ulasan Blogger

 
Top