ShahKB ShahKB Author
Title: Suspek rogol budak perempuan 8 tahun ditahan
Author: ShahKB
Rating 5 of 5 Des:
KINABATANGAN: Seorang lelaki ditahan polis kerana dipercayai merogol seorang kanak-kanak perempuan berusia 8 tahun dalam kejadian di peru...


KINABATANGAN: Seorang lelaki ditahan polis kerana dipercayai merogol seorang kanak-kanak perempuan berusia 8 tahun dalam kejadian di perumahan Ladang Mayvin 5, di sini Rabu lepas.

Ketua Polis Daerah Kinabatangan Superintenden A Sahak Rahmat yang mengesahkan kes berkenaan berkata, suspek berumur 35 tahun ditahan ekoran laporan polis yang diterima daripada ibu mangsa berumur 27 tahun.

Beliau berkata, menurut pengadu, pada jam 8.29 pagi Rabu lepas pengadu mendapati kemaluan mangsa berdarah dan membawa mangsa ke klinik di ladang berkenaan untuk pemeriksaan.

“Semasa mendapatkan rawatan, mangsa memaklumkan kepada pengadu bahawa dia dirogol oleh suspek,” katanya.

Sahak berkata, siasatan mendapati suspek adalah jiran kepada mangsa. Sebelum kejadian, mangsa nampak suspek sedang mandi di bahagian belakang rumah.

“Semasa mangsa sedang bermain, suspek menarik tangan mangsa serta menutup mulut mangsa dengan menggunakan tangan kanan. Suspek kemudian membawa mangsa pergi ke sebuah pondok di bahagian belakang rumah suspek.

“Suspek membaringkan mangsa dan membuka seluar yang dipakai mangsa sehingga ke paras lutut. Suspek kemudian memasukkan kemaluannya ke dalam kemaluan mangsa.

“Mangsa rasa takut dan terus berteriak sehingga mengejutkan suspek dan terus melepaskan mangsa.

Mangsa terus balik ke rumah dalam keadaan kemaluannya berdarah dan terus berjumpa dengan pengadu,” katanya sambil menambah, mangsa dihantar ke hospital untuk pemeriksaan.

Manakala suspek katanya, berjaya ditahan untuk siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

Utusan Borneo 16 Mei 2014

Advertisement

Catat Ulasan Blogger

 
Top