ShahKB ShahKB Author
Title: Profesor Tiduri 85 Pelajar Wanita Syarat Lulus!
Author: ShahKB
Rating 5 of 5 Des:
Pihak berkuasa Mesir menahan seorang profesor dan pembantunya kerana didakwa tidur dengan 85 pelajar wanitanya sebagai balasan membantu mere...
Pihak berkuasa Mesir menahan seorang profesor dan pembantunya kerana didakwa tidur dengan 85 pelajar wanitanya sebagai balasan membantu mereka dalam peperiksaan.

Egypt student
Gambar hiasan.

Polis menahan mereka selepas kamera pengawasan berjaya merakam dia bersama pelajarnya yang sudah berkahwin di apartmennya di Kaherah.

Akbar tempatan semalam melaporkan, polis berjaya memasang CCTV di kediamannya bagi mengesahkan laporan yang dibuat beberapa pelajar mengenai ugutan yang dilakukan profesor itu ke atas pelajar perempuan Universiti Ain Shams.

Menurut polis, profesor berkenaan menafikan dakwaan itu tetapi kebanyakan mangsa mengaku diberikan jawapan untuk peperiksaan sebagai balasan mengadakan hubungan seks dengannya.

Jalin hubungan sulit jika mahu kerja

Indian girls
Gambar hiasan.

Sementara itu, mahkamah Saudi menjatuhkan hukuman empat tahun penjara dan 1,500 sebatan ke atas seorang lelaki India yang didapati bersalah memaksa gadis tempatan mengadakan hubungan sulit dengannya jika mahukan pekerjaan.

Pihak defendan memberitahu mahkamah dia akan merayu terhadap hukuman itu manakala pendakwa berkata mereka akan menuntut hukuman yang lebih berat dikenakan.

Hakim menjatuhkan hukuman itu selepas lelaki itu terbukti menjalinkan hubungan sulit dengan ramai gadis dan menghantar gambar lucah ke telefon bimbit mereka.

Dia juga dituduh menggunakan kereta mewahnya untuk membawa gadis berkenaan ke “tempat kerja” mereka. -Agensi

Advertisement

Catat Ulasan Blogger

 
Top