ShahKB ShahKB Author
Title: Peladang mengusahakan Bunga Kobis pelbagai warna
Author: ShahKB
Rating 5 of 5 Des:
Seorang peladang telah mencipta pelbagai bunga kobis ungu, hijau dan oren dalam usaha untuk menarik lebih ramai orang makan sayur-sayuran, l...


Peladang mengusahakan Bunga Kobis pelbagai warna

Seorang peladang telah mencipta pelbagai bunga kobis ungu, hijau dan oren dalam usaha untuk menarik lebih ramai orang makan sayur-sayuran, lapor Mail Online.

Bunga kobis pelangi (rainbow caulis) adalah sebahagian daripada rancangan Andrew Burgess untuk memperbaiki diet masyarakat di seluruh negaranya dengan membuat sayur-sayuran nampak lebih menyelerakan.

Peladang mengusahakan Bunga Kobis pelbagai warna

Lelaki berusia 48 tahun itu telah memperuntukkan sebidang kecil tanah di Peterborough, England untuk menanam sayur-sayuran eksperimen beliau - yang beliau mengambil masa bertahun-tahun untuk memajukan.

Ciptaan yang pelik dan menarik itu, yang semuanya organik, dibuat dengan kaedah kacukan jenis kuno. Semua hibrid telah didebungakan-dengan-tangan oleh Encik Burgess, yang ladangnya seluas 15,000 ekar.

[Mail Online]

Advertisement

Catat Ulasan Blogger

 
Top