ShahKB ShahKB Author
Title: Dosa anak perangai syaitan
Author: ShahKB
Rating 5 of 5 Des:
BAPA Jee terpaksa meringkuk selama 20 tahun di dalam penjara selepas mengaku bersalah melakukan sumbang mahram. - Gambar hiasan KETIKA sesi ...
BAPA Jee terpaksa meringkuk selama 20 tahun di dalam penjara selepas mengaku bersalah melakukan sumbang mahram. - Gambar hiasan


KETIKA sesi temu bual berlangsung, riak penyesalan di wajah wanita itu jelas terpancar. Dia juga kerap kali menitiskan air mata mungkin kerana terkenangkan dosa lampau.
Di sebalik penampilannya yang bertudung litup, pasti tiada siapa menyangka wanita berusia 25 tahun itu pernah melakukan hubungan terkutuk dengan bapa kandung sendiri.
Memulakan bicara, dia yang hanya mahu dikenali sebagai Jee memberitahu, perbuatan itu bukanlah dilakukan atas dasar nafsu sebaliknya kerana dendam.
Semuanya disebabkan perasaan marah yang meluap-luap terhadap bapanya yang suka memukulnya atas kesalahan yang dilakukan.
“Ya, saya akui saya agak liar ketika remaja sehingga membuatkan dia marah. Tetapi saya tidak pernah menyangka dia akan mudah ‘naik tangan’ terhadap saya,” katanya yang sememangnya manja dengan ayahnya itu.
Cerita Jee, kekecewaan bapanya terhadap dirinya bermula selepas dia menyatakan hasrat untuk berhenti sekolah ketika berada di tingkatan empat.
“Saya sudah tidak berminat untuk belajar dan lebih gemar berseronok bersama teman-teman yang kebanyakannya dikenali di kelab-kelab malam.
“Sejak itu, saya sering pulang lewat ke rumah dan banyak menghabiskan masa melepak bersama kawan-kawan lelaki,” ceritanya sambil memberitahu, dia kerap bertukar pasangan dan sering melakukan hubungan seks rambang.
Menurut anak bongsu daripada tiga beradik itu, perbuatannya juga tidak dapat dihidu kedua-dua ibu bapanya kerana mereka sibuk dengan kerjaya dan urusan perniagaan.
Hamil
“Kedua-dua abang saya juga tiada di rumah kerana mereka melanjutkan pengajian di luar negara. Jadi, senanglah untuk saya membawa masuk teman lelaki ke rumah,” ujarnya.
Namun sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga, perbuatan Jee sampai ke pengetahuan bapanya.
Akibat terlalu kecewa dengan sikap Jee, dia dimarahi dan dipukul tanpa belas kasihan. Nasiblah, ibunya ada bagi meredakan keadaan.
Bermula dari detik itu, Jee mula menyimpan dendam terhadap bapanya.
“Saya terlalu marah dan ikutkan emosi. Perasaan benci meluap-luap dalam diri sehingga saya terfikir untuk melakukan pelbagai ‘benda’ jahat terhadap ayah sebagai balasan memukul saya,” ceritanya.
Bertutur lanjut, wanita kelahiran Johor Bahru itu memberitahu, dia secara kebetulan tidak didatangi haid selama hampir sebulan dan tahu dirinya mengandung selepas menjalani ujian air kencing menerusi kit ujian kehamilan.
“Serta-merta saya terfikir untuk menjadikan kehamilan ini sebagai ‘senjata’ bagi memerangkap ayah supaya bertanggungjawab di atas perbuatannya. Malah, saya jadi semakin berani selepas dihasut teman lelaki yang sememangnya dari mula enggan bertanggungjawab terhadap anak luar nikah itu, ” kata Jee dalam nada tersekat-sekat.
Cerita wanita berkulit cerah ini, dia berpura-pura berubah menjadi baik dan tidak lagi keluar malam seperti biasa. Tambahnya, dia juga berubah menjadi lebih manja dan sering mengenakan pakaian seksi di rumah agar bapanya mudah jatuh ke dalam perangkapnya.
Permainan wanita itu akhirnya sampai ke kemuncak apabila bapanya terjerat masuk ke dalam perangkap selepas mereka ditinggalkan berdua di rumah ketika ibunya terpaksa ‘terbang’ ke Indonesia selama 10 hari atas urusan kerja.
KINI Jee dibelenggu perasaan bersalah kerana menganiayai bapa sendiri.


Godaan
“Ayah rasa bersalah dan berjanji tidak akan mengulanginya lagi namun saya memujuknya supaya tidak perlu risau kerana itu memang kehendak saya. Mungkin kerana kami sekeluarga memang mengamalkan gaya hidup bebas dan tidak pernah diberi didikan agama secukupnya,” katanya.
Ujar Jee, selepas ibunya pulang, dia membongkarkan kehamilannya dan menuduh bapanya sebagai orang yang bertanggungjawab terhadap perbuatan terkutuk itu walhal anak yang dikandung adalah hasil hubungan terlarang dengan teman lelakinya sebelum ini.
“Ibu sangat terkejut kerana tidak menyangka suaminya sanggup melakukan perbuatan tidak bermoral itu ke atas anak sendiri.
“Dia kemudiannya melaporkan kes itu kepada pihak polis dan akibatnya ayah ditahan dan dihukum penjara selama 20 tahun oleh mahkamah selepas mengaku bersalah,” ceritanya sebak.
Jee akui rasa bersalah terbit dalam diri kerana menganiaya ayah kandungnya sendiri tetapi dia tidak dapat memutar kembali masa bagi memperbetulkan kesalahan lalu.
“Ibu kini dalam proses perceraian kerana tidak sanggup menanggung malu bersuamikan lelaki yang dilabel masyarakat sebagai ‘haruan makan anak’. Saya pula terpaksa menggugurkan kandungan luar nikah kerana tidak mahu membebankan lagi keluarga.
“Sungguh banyak kesilapan yang saya lakukan sehingga kebahagian keluarga kami diragut sekelip mata tetapi apakan daya, nasi sudah menjadi bubur,” katanya menutup bicara.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0427&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_07.htm#ixzz31zcPWAzh 

Advertisement

Catat Ulasan Blogger

 
Top