ShahKB ShahKB Author
Title: Doktor takutkan pencuri dengan jarum-jarum suntikan HIV
Author: ShahKB
Rating 5 of 5 Des:
Biasanya orang gunakan kawat berduri, sistem penggera atau pengawal keselamatan untuk mengelakkan pencuri, tapi berbeza dengan seorang dokto...


Doktor takutkan pencuri dengan jarum-jarum suntikan HIV
Biasanya orang gunakan kawat berduri, sistem penggera atau pengawal keselamatan untuk mengelakkan pencuri, tapi berbeza dengan seorang doktor Brazil ini yang mengambil keputusan untuk meletakkan objek yang luar biasa di sekeliling tempat tinggalnya, iaitu jarum-jarum suntikan yang dijangkiti dengan virus HIV.

Dek kerana sudah letih dengan karenah penceroboh yang merompak di rumahnya, doktor wanita yang tinggal di bandar Sobradinho ini melekatkan puluhan jarum di atas pagar rumahnya dan menggantung tanda yang memberi amaran:  "Pagar dengan darah yang dijangkiti HIV. Dilarang menceroboh."

Wanita, yang tidak mahu dikenal pasti itu, bekerja sebagai ahli Ortopedik di hospital awam dan berkata dia mendapat jarum dari institusi tersebut.

Beliau berkata pencuri telah memasuki tempat itu dua kali dan mencuri beberapa objek.  "Kali pertama, mereka (pencuri) mengambil pemotong rumput saya, pengering rambut dan kamera saya," kata wanita yang juga diambil televisyennya.

Jarum itu diletakkan pada hari Khamis (18 Ogos) dan jirannya tidak lama mula mengeluh, berkata sikap wanita itu berbahaya.

Pada hari Sabtu (20 Ogos), pengurus kondominium mengarahkan doktor itu untuk membuang jarum dalam tempoh lima hari dan mengenakan denda 180 reais (sekitar RM333). Picagari-picagari itu telah dibawa turun pada hari Ahad (21 Ogos) malam.

Majlis Perubatan di rantau itu akan menyiasat kes tersebut, kerana adalah dilarang untuk pekerja-pekerja  mengambil bekalan perubatan daripada hospital-hospital awam.

"Mana-mana sikap seseorang atau doktor, yang boleh membawa kemudaratan kepada pesakit atau seseorang  harus dikutuk," kata Setiausaha Majlis, Farid buitrago.

Wanita itu akan menjalani penilaian klinikal dan boleh kehilangan lesennya. Bandar Sobradinho terletak kira-kira 22 kilometer dari ibu kota Brasilia.

Advertisement

Catat Ulasan Blogger

 
Top