ShahKB ShahKB Author
Title: Lawak: Anda Dgn Boss
Author: ShahKB
Rating 5 of 5 Des:
Apabila seorang bos berpegang pada pendapatnya, itu bermakna dia seorang yang konsisten dan proaktif. Dan apabila seorang pekerja berpegang ...
Apabila seorang bos berpegang pada pendapatnya, itu bermakna dia seorang yang konsisten dan proaktif. Dan apabila seorang pekerja berpegang pada pendapatnya, itu bermakna dia keras kepala!

Apabila seorang bos suka berubah pendapat, itu bermakna dia seorang yang fleksibel dan cuba menyesuaikan sesuatu dengan keadaan. Dan apabila seorang pekerja suka berubah pendapat, itu bermakna dia tidak mempunyai pendirian yang tetap!

Apabila seorang bos lambat melakukan kerja, itu bermakna dia seorang yang teliti. Dan apabila pekerja lambat melakukan kerja, itu bermakna dia curi tulang!

Apabila seorang bos melakukan kerja dengan cepat, itu bermakna dia seorang yang cekap. Dan apabila seorang pekerja melakukan kerja dengan cepat, dia memang seorang yang tergopoh-gapah!

Apabila seorang bos lambat membuat keputusan, itu bermakna dia sedang berfikir secara mendalam. Dan apabila pekerja lambat membuat keputusan, itu bermakna otaknya lambat berfikir!

Apabila seorang bos cepat membuat keputusan, itu bermakna dia seorang yang berani dan sanggup mengambil risiko. Dan apabila seorang pekerja membuat keputusan dengan cepat, itu bermakna dia berlagak pandai!

Apabila seorang bos berani mengambil risiko, dia seorang yang memandang jauh ke hadapan dan berani berdepan cabaran. Dan apabila pekerja berani mengambil risiko, dia seorang yang bertindak sembarangan dan tak pakai otak!

Apabila seorang bos tidak berani berdepan risiko, itu bermakna beliau seorang yang berhati-hati dan berfikir panjang. Dan jika anda tidak berani berdepan risiko, itu bermakna anda tidak berani berdepan cabaran!

Apabila seorang bos melanggar prosedur, itu tandanya dia melakukan transformasi. Dan apabila seorang pekerja melanggar prosedur, itu bermakna dia melanggar peraturan!

Apabila seorang bos rasa curiga terhadap syarikat, itu bererti dia berwaspada. Jika pekerja rasa curiga terhadap pengendalian syarikat, itu maknanya dia berfikiran negatif!

sombong-masuk-neraka

Apabila seorang bos mengatakan sesuatu itu mudah, itu tandanya dia optimis. Bila pekerja mengatakan sesuatu itu mudah, itu tandanya dia suka meremehkan sesuatu perkara!

Apabila seorang bos selalu keluar, itu tandanya dia banyak temu janji atas urusan rasmi. Jika pekerja selalu keluar, itu tandanya dia akan di pecat!

Apabila seorang bos tidak masuk ke pejabat, itu tandanya dia sedang sibuk di luar. Bila pekerja selalu tidak masuk pejabat, itu tandanya dia tidak berminat utk bekerja di situ lagi!

Apabila seorang bos menuntut kemudahan yang berharga untuk pejabat, itu tandanya dia mahu menjaga status syarikat. Jika pekerja menuntut kemudahan yang berharga, itu tandanya tak sedar diri

Moral: Baik kerja sendiri......Anda bos dan Anda lah kuli....

Advertisement

Catat Ulasan Blogger

 
Top