Dalam kehidupan Nabi Muhammad s.a.w, baginda adalah dekat dengan golongan-golongan miskin termasuk anaknya sendiri. Walaupun Rasulullah s.a.w adalah seorang pemimpin negara, tetapi baginda dan anak-anaknya tidak kaya dan tidak berharta.
Bukannya Rasulullah S.a.w tidak mampu menjadi kaya, akan tetapi baginda S.a.w tidak mahukan kekayaan duniawi. Sabda baginda S.a.w; "Tuhanku telah menawarkan kepadaku untuk mengubah bukit-bukit di Makkah menjadi emas. Tetapi aku menadahkan tangan kepada-Nya, sambil berkata, "Ya Allah, saya lebih suka sehari kenyang dan lapar pada hari berikutnya agar saya dapat mengingat-Mu apabila sedang lapar, dan memuji-Mu serta mensyukuri nikmat-Mu apabila kenyang." [Hadits riwayat at-Turmudzi]

Dan jika Rasulullah S.a.w masuk ke dalam suatu majlis, baginda akan duduk bersama-sama dengan orang-orang miskin. Baginda tidak sombong dan bermegah dengan kedudukan dan pangkat. Baginda S.a.w adalah seorang manusia yang sangat tawadhu' dan rendah diri.
Begitulah sifat para nabi, termasuklah nabi yang dikurniakan kerajaan dunia paling besar pun, iaitu Nabi Sulaiman a.s, juga suka duduk-duduk bersama dengan faqir miskin dan tidak bermegah-megah dengan kekayaannya.

Dari Haritsah bin Wahab r.a., katanya: "Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sukakah engkau semua saya beritahu, siapakah ahli syurga itu? Mereka itu setiap orang yang lemah dan dianggap lemah oleh para manusia, tetapi jikalau dia bersumpah atas Allah, pastilah Allah mengabulkan apa yang disumpahkannya itu. Sukakah engkau semua saya beritahu, siapakah ahli neraka itu? Mereka itu ialah setiap orang yang 'utul (keras), jawwazh (bakhil) tetapi gemar mengumpulkan harta, lagi pula bongkak." (Muttafaq 'alaih)
Dari Abu Said al-Khudri r.a. dari Nabi s.a.w. sabdanya: "Syurga dan neraka itu saling berbantah-bantahan. Neraka berkata: "Di dalamku ada orang-orang yang keras kepala - gemar memaksakan kehendaknya pada orang lain - serta orang-orang yang bongkak." Syurga berkata: "Di dalamku ada para manusia yang lemah-lemah serta kaum fakir miskin." Allah lalu memutuskan perbantahan mereka itu dan firmanNya: "Engkau itu, syurga, sesungguhnya adalah tempat kerahmatanKu, yang Aku merahmati denganmu itu siapa saja yang Kukehendaki, sedang engkau neraka, sesungguhnya adalah tempat penyiksaanKu, yang Aku menyiksa denganmu siapa saja yang Kuhendaki. Atas kehendakKu pula lah kedua-duanya itu siapa-siapa yang akan diisikannya." (Hadith Riwayat Muslim)
Dari Usamah r.a. dari Nabi s.a.w. sabdanya: "Aku berdiri di pintu syurga, maka kebanyakan orang yang memasukinya itu adalah orang-orang miskin, sedang orang-orang yang kaya masih tertahan, tetapi para ahli neraka semua diperintahkan untuk masuk neraka. Dan aku juga berdiri di pintu neraka, maka kebanyakan yang masuk ke dalamnya adalah kaum wanita." [Muttafaq 'alaih]
Kelebihan orang Fakir dan Miskin
Dari Mush'ab ibnu Sa'ad ibnu Abu Waqqash r.a berkata; "Sa'ad merasa bahawa dirinya mempunyai kelebihan dibanding orang yang berada di sekitarnya, kemudian Nabi S.a.w bersabda; "Bukan kah kamu mendapatkan pertolongan dan rezeki berkat adanya orang-orang yang lemah di sekitarmu?" [Riwayat Bukhari]
Abul Laits As-Samarqandi berkata; "Orang kaya itu tempatnya di bawah orang yang miskin baik di syurga atau di neraka, kecuali orang yang selalu sedekah ke kiri kanan, depan belakang dan sedikit sekali yang sedemikian sebab syaitan laknatullah merintangi mereka untuk sedekah."

Abul Laits berkata: "Seharusnya seorang muslim suka kepada orang faqir meskipun dia kaya, sebab cinta kepada orang faqir itu bererti cinta kepada Nabi Muhammad s.a.w. dan juga Allah s.w.t. menyuruh Nabi Muhammad s.a.w. supaya cinta kepada orang-orang faqir miskin sepertimana firman Allah S.w.t yang bermaksud; "Dan sabarkan dirimu berkumpul dengan orang-orang yang selalu berdoa kepada Tuhan pagi dan petang semata-mata kerana mengharap keredhaanNya." (Surah Alkahfi : ayat 28)
Sebab turun ayat ini kerana Uyainah bin Hishin Alfazari tokoh Bani Fazarah masuk ke tempat Nabi Muhammad s.a.w. sedang di situ ada Salman Al-farisi. Shuhaib bin Sinan Arrumi dan Bilal Alhabasyi dan lain-lainnya dari kaum dhu'afaa' (yang lemah), mereka dengan pakaian yang buruk dan berbau peluh mereka, maka Uyainah berkata: "Kami ini adalah bangsawan dan mempunyai harga diri, maka bila kami masuk kepadamu, maka keluarkan orang-orang itu sebab mereka mengganggu kami dengan bau dan berilah kepada kami waktu sendiri duduk bersamamu."
Maka Allah s.w.t. melarang Nabi Muhammad s.a.w. mengusir mereka dan diperintahkan supaya sabar berkumpul dengan orang-orang yang tidak meninggalkan sembahyang lima waktu kerana mengharap keredhaanNya. Allah s.w.t. berfirman; "Dan jangan engkau palingkan pandanganmu dari mereka kerana menginginkan kemewahan dunia, dan jangan menurut kepada orang yang telah Kami lalaikan hatinya dari peringatan (ajaran) Kami, dan hanya menurutkan hawa nafsunya, maka semua urusan halnya sia-sia belaka." (Surah Alkahfi : ayat 28)
Dan perintah kepada Nabi Muhammad s.a.w. ini berlaku kepada semua kaum muslimin sampai hari kiamat, kerana itu setiap muslim mesti suka dan baik kepada orang faqir miskin, serta berbudi kepada mereka kerana mereka orang-orang terkemuka di sisi Allah s.w.t. dan dapat diharapkan syafaat mereka.
Ibn Abbas r.a. berkata: "Mal'un (terkutuk) siapa yang menghormat kerana kekayaan dan menghina kerana kemiskinan."
Abdullah bin Umar r.a. berkata Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya makhluk yang sangat dikasihi oleh Allah s.w.t. ialah orang yang faqir miskin sebab manusia yang amat dikasihi oleh Allah s.w.t. ialah para Nabi, maka Allah s.w.t. menguji mereka dengan kefakiran kemiskinan."
"Bukan kemiskinan yang ku bimbang menimpa kamu tetapi yang aku bimbang ialah dibentangkan di hadapan kamu kemewahan dunia sebagaimana telah dibentangkan kepada umat sebelum kamu, lalu kamu berlumba-lumba mengejarnya sebagaimana umat dahulu kala juga berlumba-lumba mengejarnya, lalu ia membinasakan kamu seperti mana umat dahulu kala juga telah dihancurkan oleh sifat sedemikian." [Hadis riwayat Bukhari - Kitab al-Jizyah no 2924]

Catat Ulasan Blogger Facebook