Sekali imbas kelihatan seperti batu-batu permata atau manik-manik yang berwarna-warni. Tetapi jagung pelangi / warna-warni ini sebenarnya adalah jagung yang boleh dimakan.
Jagung yang dinamakan permata kaca (glass gem) itu dibangunkan oleh petani asli Amerika berketurunan Indian Cherooke.
Carl Barnes menemui idea mengkacukkan jagung dengan warna berlainan dan menyilang-nyilangkannya.
Selepas beberapa tahun membuat kacukan, akhirnya dalam satu batang jagung muncul dengan aneka warna yang berkilauan seperti permata.
Jagung ini boleh digunakan untuk membuat tepung atau popcorn, walaupun ia tidak digalakkan untuk makan terus dari batangnya.
Catat Ulasan Blogger Facebook