ShahKB ShahKB Author
Title: Rogol anak teman wanita, penghantar piza diarah bela diri – Sinar Harian
Author: ShahKB
Rating 5 of 5 Des:
Mahkamah Sesyen hari ini memerintahkan seorang penghantar piza membela diri atas tuduhan merogol anak teman wanitanya tahun lalu. ...


rogol anak teman wanita


Mahkamah Sesyen hari ini memerintahkan seorang penghantar piza membela diri atas tuduhan merogol anak teman wanitanya tahun lalu.
Hakim, Hayatul Akmal membuat keputusan itu selepas berpuas hati terhadap pihak pendakwaan yang berjaya membuktikan prima facie di akhir kes.
“Keterangan saksi boleh dipercayai dan disokong pula oleh laporan perubatan serta keterangan bapa mangsa,” katanya dalam penghakiman.
Hamdan Ahadluddin, 53, didakwa merogol mangsa yang ketika itu berusia lima tahun di sebuah rumah di Lembah Subang, Petaling Jaya.
Lelaki itu didakwa melakukan perbuatan itu pada Mei 2013.
Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nur Aifaa Che Abdullah mengikut Seksyen 376(2) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 30 tahun dan boleh dikenakan sebatan.
Sepanjang prosiding, tujuh saksi pendakwaan dan dua saksi pembelaan dipanggil untuk memberi keterangan.
P G Ceyril dan Farhan Read bertindak sebagai peguam bela yang mewakili tertuduh.
Mahkamah menetapkan 29 April ini untuk sambung hujahan pembelaan serta keputusan.
Sebelum ini, pada 6 November 2009, tertuduh dijatuhi hukuman 10 tahun penjara dan enam sebatan oleh mahkamah sesyen selepas didapati bersalah atas tuduhan merogol anak bekas teman wanitanya, sembilan tahun lalu.
Dia juga dihukum penjara enam tahun bagi tuduhan cubaan melakukan rogol terhadap mangsa yang ketika itu berumur 15 tahun.
Kedua-dua hukuman penjara berjalan serentak.
Lelaki itu didakwa melakukan kedua-dua kesalahan itu di sebuah rumah di Lembah Subang, pada pukul 2 petang, November 2004 dan 21 Januari 2005.

Sumber Sinar Harian

Advertisement

Catat Ulasan Blogger

 
Top