"Polis Australia Barat sedang mengendalikan laporan mengenai bahan yang hanyut di tepi pantai kira-kira 10 kilometer timur Augusta dan sudah memperoleh
bahan berkenaan," kata Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) Australia.Katanya, Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB) sedang menganalisis gambar bahan itu bagi menentukan sekiranya ada sebarang kaitan dengan pencarian pesawat berkenaan.
Biro itu juga sudah menyerahkan gambar bahan berkenaan kepada pasukan penyiasat Malaysia.
"Memang menarik bagi kami untuk menganalisis gambar itu," kata Ketua Pesuruhjaya ATSB, Martin Dolan kepada CNN sambil memberitahu bahan itu adalah seperti kepingan besi. - AFP
Catat Ulasan Blogger Facebook