Pelakon Sharifah Sakinah menganggap tulisan pada baju T yang sering dipakainya dan beberapa artis bukanlah sesuatu yang biadab sebaliknya sebagai menyokong kempen kecergasan yang dijalankan.
Sakinah atau Syarifah Nurul Sakinah berkata, baju tersebut dibuat untuk memberi kesedaran dan strategi pemasaran bagi menarik lebih ramai pelanggan menyertai kumpulan senaman yang baru ditubuhkannya.
“Ia bukan gimik, pada saya kalau sesuatu perkara itu bagus orang akan ingat dan jika tidak bagus sekalipun orang lagi akan ingat.
“Lebih ramai yang kutuk, bermakna lebih ramai yang sedar tentang fitness saya dan bagi saya ia adalah satu strategi pemasaran sahaja,” katanya..
Catat Ulasan Blogger Facebook