Seorang remaja keciciran sekolah berusia 17 tahun yang hanya dikenali sebagai Jane bangga menjadi pelacur kerana dia tidak perlu lagi meminta wang daripada ibu bapanya.
Bagi Jane tidak salah untuk mengiklankan tubuhnya kerana mahu memperoleh wang tunai untuk berparti.
Jane berkata, dia membelanjakan SGD$200 (RM505) setiap kali keluar berparti. “Saya bukan yang pertama melakukannya. Seorang daripada rakan saya memberitahu laman sembang tempat yang tepat untuk mencari pelanggan,” katanya.
Ibu bapa Jane yang berusia 40-an bekerja sebagai tukang cuci dan tinggal di flet tiga bilik tidak tahu-menahu mengenai kegiatan anak mereka.
Menggelar dirinya sebagai “girl17fl” Jane biasanya melayari Internet, kebanyakan di laman sembang Alamak untuk mencari pelanggan.
Berdasarkan undang-undang Singapura, mendapatkan khidmat seks dengan membayar remaja bawah umur adalah satu kesalahan. Walaupun maklum dengan perkara itu, dia tidak menghiraukannya.
Jane hanya mahu mendapatkan wang untuk berparti dan membeli alkohol.
“Orang lelaki sukakan perempuan muda dan ramai daripada mereka tidak membantah apabila saya beritahu mereka umur saya. Saya lakukannya semata-mata untuk wang.
“Kami bertemu di laman sembang sebelum bersua muka, berbual dan kemudian melakukan seks. Selepas itu, masing-masing melupakan apa yang berlaku,” katanya. Wartawan yang menyamar sebagai pelanggan bertemu Jane pada 2 September lalu di kawasan kejiranan MacPherson.
Apabila diberitahu “pelanggannya” adalah wartawan, Jane bersetuju untuk mendedahkan semua kegiatannya dengan syarat nama sebenarnya tidak didedahkan.
Sumber: nahhaii.blogspot.com
GADIS BANGGA JADI PELACUR
Title: GADIS BANGGA JADI PELACUR
Author: ShahKB
Rating 5 of 5 Des:
Author: ShahKB
Rating 5 of 5 Des:
Seorang remaja keciciran sekolah berusia 17 tahun yang hanya dikenali sebagai Jane bangga menjadi pelacur kerana dia tidak perlu lagi memint...
Catat Ulasan Blogger Facebook