What's New?

00:54 AM Halia Bara

ShahKB ShahKB Author
Title: 32 Kereta Kebal Rusia Melintasi Sempadan Ukraine
Author: ShahKB
Rating 5 of 5 Des:
KIEV:  Angkatan Tentera Ukraine mendakwa mereka telah mengesan pergerakan 32 buah kereta kebal milik Rusia serta beberapa lagi senjata ...
32 Kereta Kebal Rusia Melintasi Sempadan Ukraine
KIEV: Angkatan Tentera Ukraine mendakwa mereka telah mengesan pergerakan 32 buah kereta kebal milik Rusia serta beberapa lagi senjata berat melintasi sempadan negara itu dari Rusia.
Insiden ini berlaku hanya beberapa hari selepas lima orang terkorban manakala 31 lagi tercedera dalam pertempuran di antara pihak pemisah dengan tentera kerajaan di kawasan yang bergolak di Timur Ukraine.
Agensi berita AFP memetik jurucakap tentera, Andriy Lysenko sebagai berkata, satu pergerakan konvoi yang melibatkan 32 buah kereta kebal, 16 buah meriam howitzer dan 30 trak yang sarat dengan anggota tentera melintasi sempadan negara itu menerusi kawasan yang dikuasai pemberontak di wilayah Lugansk pada Khamis.
Kata Lysenko lagi, ia kemudian diikuti oleh sekumpulan trak yang membawa tentera dan tiga buah kenderaan berat yang membawa radar menyeberangi satu lagi poin sempadan tidak jauh dari situ.
Kerajaan pusat Ukraine sentiasa mendakwa yang Rusia berada di belakang puak pemberontak yang terdiri daripada etnik Rusia yang menuntut kemerdekaan wilayah mereka sendiri daripada Ukraine.
07 Nov 2014

Advertisement

Catat Ulasan Blogger

Emoticon
:) :)) ;(( :-) =)) ;( ;-( :d :-d @-) :p :o :>) (o) [-( :-? (p) :-s (m) 8-) :-t :-b b-( :-# =p~ $-) (b) (f) x-) (k) (h) (c) cheer
Klik pada gambar ikon!
copy dan paste kod ke dalam ruangan komen.

 
Top