ShahKB ShahKB Author
Title: Masyarakat siber ‘buli’ semula penjual iPhone 6
Author: ShahKB
Rating 5 of 5 Des:
SINGAPURA – Seorang penjual iPhone 6 di sini yang didakwa menganiayai seorang warga Vietnam dengan menge-nakan bayaran tambahan S$1,50...

SINGAPURA – Seorang penjual iPhone 6 di sini yang didakwa menganiayai seorang warga Vietnam dengan menge-nakan bayaran tambahan S$1,500 (RM3,894) kini dikecam hebat oleh masyarakat siber.
Pemilik kedai di Sim Lim Square itu bukan sahaja didedahkan identiti diri di internet, malah gambar, alamat, nombor telefon, nombor kad pengenalan serta maklumat mengenai isterinya turut disiarkan.
The Straits Times melaporkan, pendedahan yang dilakukan di forum-forum online dan laman Facebook, SMRT Ltd (Feedback) itu membuka ruang kepada masyarakat siber untuk membalas balik tindakan penjual berkenaan yang disifatkan sebagai memalukan itu.
Baru-baru ini video seorang pekerja kilang warga Vietnam yang menangis dan berlutut semasa merayu dikembalikan semula wangnya kerana gagal membayar wang tambahan untuk pakej jaminan menjadi sensasi di internet.
Lelaki itu, Pham Van Thoai telah membayar S$950 (RM2,466) untuk membeli iPhone 6 sebagai hadiah hari jadi teman wanitanya tetapi kemudian diminta membayar wang tambahan S$1,500 sebagai pakej jaminan.
Oleh kerana dia tidak mampu, Pham merayu dipulangkan semula wangnya tetapi penjual itu enggan sebaliknya mentertawakan lelaki berkenaan. Bagaimanapun selepas campur tangan anggota polis, dia cuma mendapat semula S$400 (RM1,038).
“Penipu tetap akan terus menipu, sekarang mereka akan sedar bahawa orang ramai akan sentiasa memerhatikan mereka,” kata seorang pengguna Facebook, Jon Goh. – Agensi

Advertisement

Catat Ulasan Blogger

 
Top