Norchahaya Hashim (kiri) bersama kakitangannya meninjau ruang pameran kayu gaharu d Kuala Terengganu, semalam.
KUALA TERENGGANU 13 Nov. - Nilai gaharu gred A di pasaran yang kini mencecah RM130,000 sekilogram berbanding sekitar RM20,000 hingga RM25,000 sekilogram sebelum ini memberikan rangsangan baharu kepada perkembangan perladangan pokok karas.
Timbalan Ketua Pengarah Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB), Norchahaya Hashim berkata, kenaikan mendadak harga tersebut kerana bekalan yang semakin sukar diperoleh selain pokok yang bermutu tinggi semakin terbatas di negara ini terutama di Pantai Timur dan Indonesia.
Dalam masa sama, beliau memberitahu, Malaysia menyasarkan pengeksportan kayu gaharu ke Asia Barat dalam tempoh lima tahun lagi bagi menembusi pasaran yang lebih luas.
“Pokok yang turut dikenali sebagai pokok debu di sini akan diproses dan dikomersialkan oleh negara-negara pengimport untuk dijadikan minyak wangi manakala daun dan batangnya boleh dijadikan serbuk teh, ramuan kek dan sebagainya,” katanya di sini hari ini.
Catat Ulasan Blogger Facebook