BMW Group Malaysia baharu sahaja melancarkan varian terbaru model 3 Series iaitu 320i Sport Edition. Ini menjadikan jumlah varian untuk 3 Series meningkat ke 9 (tidak mengira model-model Gran Turismodan M3).
Untuk 320i Sport Edition ini, gril hadapan berwarna hitam berkilat, begitu juga untuk inlet udara dan hujung ekzos. Aloi pula dengan rekaan klasik jejari berkembar 18 inci. Pilihan warna badan termasuk Alpine White,Black Sapphire,Melbourne Red,Glacier Silver,Imperial Blue dan Mineral Grey.
Balutan kulit pada stereng yang diperincikan dengan jahitan benang merah beserta kerusi hadapan sport memberikan erti kepada nama Sport Edition ini. Namun, semua perubahan ini sekadar dari segi visual dan tiada yang benar-benar memberi prestasi tambahan.
Oleh itu, enjin TwinPower Turbo BMW ini masih lagi kekal dengan output 184hp, untuk memecut sedan ini dari 0-100km/j dalam masa 7.6 saat dengan bantuan kotak gear automatik 8-kelajuan. BMW mendakwa purata penggunaan petrol adalah 6 liter setiap 100km.
Teknologi Efficient Dynamics oleh BMW di sini terdiri daripada fungsi Start/Stopautomatik, pemulihan kuasa brek (brake enery regeneration) serta fungsi EcoPro yang membantu pemandu mendapat kecekapan yang optimum. Varian baharu ini juga dilengkapi dengan sistem navigasi GPS yang dipaparkan di atas skrin 6.5 inci.
BMW 320i Sport Edition ini dijual dengan harga RM258,800 (di atas jalan tanpa insurans, termasuk pakej BMW Service+Repair).
Catat Ulasan Blogger Facebook