KUALA LUMPUR – Persatuan Badminton Malaysia (BAM) semalam mengesahkan seorang atlet di bawah naungannya, Datuk Lee Chong Wei gagal dalam ujian doping sampel B yang dianalisis di Hospital Universiti Oslo, Norway.
Timbalan Presiden BAM, Datuk Mohamad Norza Zakaria yang enggan menyebut nama Chong Wei berkata, pihaknya menerima surat pengesahan daripada Persekutuan Badminton Dunia (BWF) yang menyatakan sampel B yang dianalisis pada Rabu lalu itu mengandungi dadah terlarang dexamethasone.
Menurutnya, pemain itu juga akan digantung buat sementara waktu daripada menyertai mana-mana kejohanan tempatan dan antarabangsa sehingga kes pemain tersebut dibawa ke Panel Pendengaran BWF.
Mengulas lanjut mengenai tindakan yang akan diambil selepas mengetahui keputusan sampel B, Norza memberitahu, BAM akan bekerjasama dengan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar untuk melantik seorang peguam terkemuka, Mike Morgan mengendalikan kes yang melibatkan pemain berusia 32 tahun itu.
Catat Ulasan Blogger Facebook