|
BEIRUT – Ketua kumpulan militan Negara Islam (IS), Abu Bakar al-Baghdadi menyeru pengikutnya menyerang Arab Saudi dan menyatakan kerajaan khalifahnya berkembang di seluruh dunia Arab dalam satu ucapan yang menggunakan namanya kelmarin.
Abu Bakar juga menyatakan kempen kenteraan yang diketuai Amerika Syarikat (AS) terhadap kumpulan militannya di Syria dan Iraq sebagai gagal.
Agensi berita Reuters bagaimanapun tidak dapat mengesahkan kesahihan ucapan tersebut yang disiarkan di laman web IS.
Terdahulu, terdapat beberapa laporan bercanggah dari Iraq susulan serangan udara AS pada Jumaat lalu sama ada Abu Bakar cedera dalam serangan itu.
AS memberitahu pada Selasa lalu bahawa ia tidak dapat mengesahkan sama ada ketua IS itu terbunuh atau cedera dalam serangan tersebut dekat bandar Falluja.
“Tidak akan ada keselamatan untuk pemimpin Arab Saudi,” kata Abu Bakar dalam rakaman audio tersebut.
IS sebelum ini merampas sebahagian besar Syria dan Iraq dan mengisytiharkan kerajaan khalifah di kawasan yang dikuasainya pada Jun lalu. Abu Bakar menyatakan dia menerima sumpah kesetiaan daripada penyokongnya di Libya, Mesir, Yemen Arab Saudi dan Algeria.
“Askar kami daripada IS, berjihadlah di mana-mana sahaja. Bakar Bumi dengan api dan hapuskan semua diktator,” katanya. – Reuters
Catat Ulasan Blogger Facebook